Utusan Borneo (Sarawak)

Peniaga diberi masa secukupnya mengemas kini sistem sempena GST sifar bermula 1 Jun

- Oleh Mohamad Achil Norrlatep

MUKAH: Peniaga diberikan masa secukupnya untuk mengemas kini sistem peniagaan sempena kadar Cukai Barangan dan Perkhidmat­an (GST) sifar diumumkan kerajaan persekutua­n bermula 1 Jun lalu.

Ketua Cawangan Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) Mukah Moss Baok berkata pihaknya berharap peniaga memberi kerjasama mematuhi arahan itu.

“Kami memang sudah buat pemantauan bandingan harga sejak hujung Mei lalu sehingga sekarang, ia masih dilaksanak­an,” katanya ketika melakukan pemantauan Skim Kawalan Harga Barang Musim Perayaan dan GST di pasar raya terbesar di sini semalam.

Menurutnya, ketika ini ter-

Kami memang sudah buat pemantauan bandingan harga sejak hujung Mei lalu sehingga sekarang, ia masih dilaksanak­an. Moss Baok Ketua KPDNKK Mukah

dapat tujuh aduan mengenai GST dilakukan oleh pengguna di Mukah dan Daro.

Beliau berkata, ia satu peningkata­n ke atas kesedaran pengguna yang amat baik walaupun ia lebih kepada pertanyaan dan bukannya aduan sebenar.

“Sebagai contoh, ada peniaga meletakkan harga sifar GST namun masih terdapat GST enam peratus dalam sistem, ia ambil masa untuk menaik taraf sistem di kaunter dan kita beri kelonggara­n sedikit,” katanya.

Kebiasaann­ya, peniaga diberikan masa tiga hari namun jika memerlukan masa lebih lama KPDNKK perlu meneliti alasan diberikan terlebih dahulu.

“Sebab ada juga peniaga tidak mempunyai ramai kakitangan dan perlu masa lebih untuk melakukan semuanya dan kita faham,” jelasnya.

Justeru, pihaknya mengalualu­kan aduan atau pertanyaan sama ada daripada peniaga atau pengguna mengenai hal berkaitan.

Ia boleh dilakukan secara terus atau melalui talian di portal Facebook mereka.

Mengenai Skim Kawalan Harga Musim Perayaan, ia bermula pada 8 Jun dan berakhir 22 Jun nanti.

Skim itu merangkumi 21 jenis terdiri daripada pelbagai barangan.

 ??  ?? PANTAU: Moss (kanan) bersama pasukannya melihat salah satu barangan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan di sebuah pasar raya di Mukah semalam.
PANTAU: Moss (kanan) bersama pasukannya melihat salah satu barangan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan di sebuah pasar raya di Mukah semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia