Utusan Borneo (Sarawak)

KPDNKK Sarikei lancarkan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan

-

SARIKEI: Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) Sarikei melancarka­n Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Aidilfitri 2018.

Skim kawalan harga itu melibatkan sebanyak 20 harga barangan dan runcit sebagai barang-barang harga terkawal sepanjang 15 hari skim ini dilaksanak­an bermula 8 hingga 22 Jun ini.

Dalam kenyataan medianya semalam, KPDNKK Sarikei menjelaska­n bahawa sepanjang tempoh skim ini dilaksanak­an peniaga diwajibkan mematuhi peraturanp­eraturan sedia ada.

Peniaga harus meletakkan tanda harga berwarna merah jambu bagi barangan tersenarai dalam Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Aidilfitri 2018.

Antara barangan itu ialah ayam hidup (RM7.80/kg), ayam standard (RM9.00/kg), ayam super( RM9.50/ kg), daging lembu tempatan, daging lembu import(RM27.00/ kg), daging kerbau tempatan, daging kerbau import (India), telur ayam gred A (RM0.39 sebiji), telur ayam gred B (RM0.38), telur ayam gred C (RM0.37), cili merah (RM15/kg), kubis bulat import (RM4.00/kg), tomato (RM7/kg), kelapa biji (RM5), bawang merah kecil India ( RM6/ kg), bawang besar import (RM4.50/kg), bawang putih China (RM8/kg), ubi kentang import China (RM4/ kg), ikan kembung termasuk ikan mabung ( RM11/ kg), ikan selayang (RM9/kg) dan ikan aya atau ikan tongkol.

Peniaga didapati bersalah dan melanggar peraturan boleh didakwa di bawah Perintah Kawalan Harga dan Antipencat­utan (Penandaan Harga Barangan Harga Terkawal) 2012 dan Perintah Kawalan Harga dan Antipencat­utan (Penentuan Harga Maksimum) 2012.

Sepanjang musim perayaan ini, KPDNKK terus mengadakan pemantauan dan pemeriksaa­n bagi memastikan hak pengguna di kawasan ini terus terpelihar­a dan dijaga.

Bagi pengguna mempunyai sebarang aduan dan persoalan boleh hubungi KPDNKK Sarikei di talian 084 657751, faks 084-654415 atau melalui laman sesawang di www.kpdnkk.gov.my — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia