Utusan Borneo (Sarawak)

Peniaga di Bintulu patuhi arahan penguatkua­saan sifar GST

-

BINTULU: Rata-rata peniaga di bahagian ini mematuhi arahan penguatkua­saan sifar Cukai Barang dan Perkhidmat­an ( GST) yang dilaksanak­an kerajaan bermula 1 Jun lalu.

Ketua Penguat Kuasa Kementeria­n Perdagagan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) Bintulu Salihin Den berkata setakat semalam lebih 60 premis diperiksa dan semuanya mematuhi arahan ditetapkan.

“Pegawai penguat kuasa kita turut menjalanka­n pemantauan terhadap harga barangan terkawal dalam Skim Kawalan Harga Musim Perayaan ( SKHMP) Hari Raya Puasa 2018 bagi memastikan pengguna menikmati harga berpatutan sepanjang tempoh pelaksanaa­n skim itu,” katanya.

Sebelum itu, KPDNKK menjalanka­n pemeriksaa­n GST dan SKHMP 2018 dalam operasi khas iaitu Ops Catut 4.0 sekitar bandar Bintulu termasuk Pusat Komersil Park City, Medan Jaya dan Jepak.

Ops Catut 4.0 bagi membuat perbanding­an harga melalui kutipan dibuat sebelum 1 Jun lalu bagi mengesan sama ada peniaga menurunkan harga setelah pelaksanaa­n GST sifar peratus atau sebaliknya.

“Hasil pemeriksaa­n mendapati semua premis diperiksa membuat penolakan harga sebanyak enam peratus daripada harga asal bagi barangan dijual dan peniaga patuh arahan penurunan sifar peratus GST,” katanya.

Salihin turut menggesa pengguna menghubung­i atau melaporkan segera ke pejabat KPDNKK Bintulu sekiranya terdapat peniaga tidak mematuhi arahan sifar GST atau menjual barangan terkawal dengan harga tinggi.

 ??  ?? SIFAR GST: Pegawai penguat kuasa KPDNKK Bintulu menjalanka­n pemeriksaa­n ke atas sebuah premis niaga semalam.
SIFAR GST: Pegawai penguat kuasa KPDNKK Bintulu menjalanka­n pemeriksaa­n ke atas sebuah premis niaga semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia