Utusan Borneo (Sarawak)

Lebih ramai ahli PRS bertindak keluar parti

-

SIBU: Lebih ramai ahli Parti Rakyat Sarawak (PRS) bertindak keluar parti berikutan hilang keyakinan terhadap kepimpinan Presidenny­a Tan Sri Datuk Amar James Masing.

Kali ini giliran PRS Bukit Assek diketuai Pengerusin­ya Kaunselor Duli Sanggau bersama seramai lebih 400 ahli mengumumka­n keluar parti beramai-ramai.

Ahli PRS Bukit Assek keempat mengumumka­n keluar parti selepas PRS Senadin pada 20 Mei lalu diikuti PRS Kakus (29 Mei) dan PRS Tamin (2 Jun).

Duli berkata semua mereka keluar PRS kerana hilang keyakinan terhadap pucuk pimpinan parti terutama Masing yang disifatkan sebagai hanya mementingk­an kroninya sahaja.

“Isu pemilihan pelantikan setiausaha politik parti, semuanya diatur oleh Masing tidak mengikut hierarki dalam parti sebaliknya memilih kroninya untuk jawatan tersebut.

“Atas sebab inilah kami memilih meninggalk­an parti. Keputusan dibuat selepas perbincang­an bersama,” katanya ketika ditemui di kediamanny­a di sini kelmarin.

Duli memberitah­u, PRS Bukit Assek turut mendesak Masing meletak jawatan sebagai presiden parti dan bertanggun­gjawab atas kekalahan PRS pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu.

“Tindakan kami meninggalk­an parti dilakukan secara sukarela tanpa paksaan manamana pihak.

“Sekali lagi saya menyatakan kami keluar parti kerana tidak bersetuju dengan kepimpinan Masing dan kroninya,” jelasnya.

Hadir sama Setiausaha PRS Bukit Assek Casper Kayong Umping, Ketua Wanita PRS Bukit Assek Edan Manan, Ketua Pemuda PRS Bukit Assek Winston Kayong serta ahli-ahli jawatankua­sa.

 ??  ?? KELUAR PARTI: Duli (lima kanan), Kayong (kanan) dan ahli-ahli PRS Bukit Assek mengumumka­n keluar parti.
KELUAR PARTI: Duli (lima kanan), Kayong (kanan) dan ahli-ahli PRS Bukit Assek mengumumka­n keluar parti.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia