Utusan Borneo (Sarawak)

670 bakal mahasiswa terima bantuan persediaan Yayasan Terengganu

-

KEMAMAN: Seramai 670 bakal mahasiswa di Parlimen Dungun dan Kemaman menerima bantuan persediaan berjumlah RM418,500 daripada Yayasan Terengganu semalam.

Pengerusi Jawatankua­sa Kebajikan, Pembanguna­n Wanita dan Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri Terengganu, Hanafiah Mat berkata daripada jumlah itu, Yayasan Terengganu menyerahka­n RM217,250 kepada Parlimen Kemaman untuk 335 bakal mahasiswa yang mengikuti kursus diploma dan matrikulas­i.

Sebanyak RM201,250 pula untuk 335 bakal mahasiswa di Parlimen Dungun, “tahun ini, sebanyak RM20 juta diperuntuk­kan untuk bantuan ini. Sejak dimulakan pada 2006 hingga 2017, seramai 272,159 orang telah mendapat manfaat daripada bantuan sebanyak RM202,599,150,” katanya pada majlis penyampaia­n Bantuan Persediaan Yayasan Terengganu di Peringkat Matrikulas­i, Asasi dan Diploma di Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu di sini, semalam.

Menurutnya bantuan itu dapat meringanka­n beban mereka dalam menyediaka­n kos persediaan kelengka- pan atau membayar yuran mendaftar di Institut Pengajian Tinggi (IPT).

Sementara itu, Muhammad Hariz Azfar Azhari, 18, berkata dengan bantuan itu, beliau dapat membuat persiapan mendaftar kursus kejurutera­an di Universiti Teknologi MARA (UiTM).

“Saya menerima sebanyak RM500...saya rasa gembira kerana dapat menggunaka­nnya untuk membeli barangan persiapan,” katanya.

Nur Farihin Shukri, 18, yang menerima tawaran kursus asasi sains di sebuah IPT di Selangor juga gembira dengan bantuan itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia