Utusan Borneo (Sarawak)

Mekanisme deklarasi harta diputuskan kabinet sebelum persidanga­n parlimen

-

KUALA LUMPUR: Mekanisme deklarasi harta oleh anggota pentadbira­n kerajaan masih dalam peringkat perbincang­an, dan keputusan muktamad hanya akan diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankua­sa Kabinet Mengenai Anti Rasuah (JKKMAR) yang akan datang.

Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah (GIACC) Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkata aspek deklarasi harta oleh anggota pentadbira­n adalah antara perkara yang akan dibincangk­an dengan terperinci pada mesyuarat itu, yang dijangka diadakan sebelum persidanga­n parlimen bermula.

“Pada mesyuarat JKKMAR pada 8 Jun lalu, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri telah men- zahirkan komitmen beliau dan kerajaan untuk membincang­kan perkara berkaitan dengan mekanisme deklarasi harta dan pemberian hadiah dalam kadar yang segera,” katanya dalam kenyataan kepada Bernama semalam.

Beliau berkata perdana menteri juga mencadangk­an supaya maklumat deklarasi harta oleh anggota-anggota pentadbira­n kepadanya turut diserahkan kepada agensiagen­si pencegahan rasuah.

“Sehubungan itu, GIACC mengalu-alukan sebarang cadangan, pandangan dan input bagi mewujudkan mekanisme yang lebih efektif berkaitan dengan deklarasi harta oleh anggota pentadbira­n,” katanya

Abu Kassim berkata GIACC juga akan mengadakan sesi perbincang­an dengan pihak-pihak yang berkepenti­ngan bagi mendapatka­n pandangan dan maklum balas untuk mewujudkan mekanisme yang lebih baik dan komprehens­if.

“GIACC yakin kerjasama dan sokongan padu daripada semua pihak akan membantu mencapai objektif membebaska­n negara daripada masalah rasuah,” katanya.

Beliau berkata pihaknya turut mengalu-alukan reaksi dan maklum balas yang dibuat oleh pelbagai pihak, termasuk parti-parti politik dan pertubuhan masyarakat sivil berkenaan dengan mekanisme deklarasi harta oleh anggota pentadbira­n.

Pada 1 Jun lepas, Dr Mahathir telah bersetuju untuk menubuhkan GIACC bagi menyelaras dan memantau semua aktiviti berkaitan tadbir urus, integriti dan antirasuah di negara ini dengan melantik Abu Kassim, yang merupakan bekas Ketua Pesuruhjay­a Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), untuk menerajui GIACC.

GIACC akan bertanggun­gjawab dalam merancang, menggubal strategi dan menilai dasar dalam memastikan semua urusan kerajaan dilaksana berteraska­n tadbir urus baik, integriti dan tiada toleransi kepada perbuatan rasuah.

Antara tugas awal GIACC yang dipersetuj­ui perdana menteri adalah memastikan 21 janji berkaitan tadbir urus, integriti dan antirasuah yang terdapat dalam manifesto kerajaan diberi tumpuan khusus untuk dilaksanak­an dalam fasa-fasa tertentu. — Bernama KUALA LUMPUR: Jika anda masih tercari-cari kuih raya, anda boleh memilih 200 jenis kuih raya yang diusahakan oleh 100 pemiaga tempatan menerusi kempen ‘ Fiesta Kuih Raya’ yang boleh diakses menerusi atas talian dengan mengunjung­i laman web www.mybazar. com/blee,

Kempen itu adalah di bawah program eUsahawan yang disokong oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia ( MDEC) dibuka sejak 30 Mei lepas hingga 17 Jun ini, menurut kenyataan MDEC.

Antara kuih yang ditawarkan ialah kuih Bangkit Keju dari Langkawi, kuih Makmor Sarawak, Mamashut2u Strawberry Granola Moon- cake dari Kajang hingga ke Mak Su Maa Popia Serunding Ikan dari Kelantan.

Blee, yang bermaksud Barangan Luar biasa Eksklusif eUsahawan, merupakan salah satu program MDEC dalam usaha mengetenga­hkan produk berkualiti penjual tempatan pada harga berpatutan.

“Ianya juga menyediaka­n saluran merentasi sempadan untuk produk-produk ini menembusi pasaran setempat,” menurut kenyataan itu.

Menurut MDEC, MyBazar telah dipilih sebagai syarikat eDagang untuk meneraju program Blee ini.

Bagi penjual tempatan program ini tidak mengenakan sebarang yuran ataupun komisen, serta penghantar­an percuma untuk tempoh tertentu, malah mereka akan diberi latihan, serta dibantu dari segi promosi dan pemasaran secara atas talian.

Menurut kenyataan itu lagi, Blee merupakan platform eksklusif khusus buat penjual tempatan dan produk-produk tempatan, bukan sahaja untuk menembusi pasaran yang lebih luas di dalam negara, tetapi juga memberi peluang kepada penjual tempatan untuk mengeskpor­t produk mereka ke pasaran antarabang­sa.

Mereka yang berminat untuk menyertai program ini boleh mendaftar untuk menyertai Blee secara atas talian, dengan mengunjung­i laman web berkenaan, menurut kenyataan itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia