Utusan Borneo (Sarawak)

PBT perlu tubuh unit audit keselamata­n untuk pantau kontraktor

-

KUALA LUMPUR: Semua pihak berkuasa tempatan perlu menubuhkan unit audit keselamata­n khas untuk memantau serta memastikan kontraktor dan subkontrak­tor mematuhi garis panduan keselamata­n yang ditetapkan dalam menjalanka­n kerjakerja pembaikan atau penyenggar­aan infrastruk­tur.

Pengerusi Institut Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), Tan Sri Lee Lam Thye berkata, sering kali kontraktor dan subkontrak­tor yang terlibat dalam kerja-kerja membaiki atau meningkatk­an kemudahan awam seperti di jalan raya tidak mempedulik­an aspek keselamata­n orang ramai.

“Jalan-jalan yang dipasang penghadang untuk kerja-kerja pembinaan tidak diterangi lampu yang mencukupi pada waktu malam manakala papan tanda keselamata­n juga agak kurang untuk memberi amaran kepada pengguna jalan raya.

“Lubang di permukaan jalan sering dilihat di luar kawasan yang dipasang penghadang dan ia menimbulka­n bahaya kepada keselamata­n pemandu dan penunggang motosikal yang melalui jalan tersebut setiap hari,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Tambahnya, pihak berkuasa tempatan juga perlu peka terhadap masalah jalan ber- lubang sekali gus mengambil tindakan segera untuk memperbaik­inya tanpa menunggu aduan awam.

“Apa yang turut dikesali adalah jalan yang diturap semula berada dalam keadaan tidak memuaskan selepas kontraktor syarikat utiliti menyelesai­kan kerja- kerja mereka.

“Turut menyedihka­n, kerja penurapan yang dibuat adalah sambil lewa selepas kerja pemasangan kabel menyebabka­n jalan menjadi beralun atau permukaann­ya pecah sekali gus menyumbang kepada peningkata­n jalan berlubang,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, syarikat utiliti juga perlu bertanggun­gjawab dalam memastikan kontraktor mereka memberikan perhatian penuh kepada aspek keselamata­n dan kesihatan awam.

“Kita perlu mempelajar­i kaedah dan sistem yang dipakai di Jepun mengenai kerja-kerja jalan yang begitu kemas dan bersih,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia