Utusan Borneo (Sarawak)

Polis Kelantan rampas dadah RM89 juta sejak Januari

64,188 individu termasuk 3,958 warga asing terlibat dadah

-

Siasatan awal mendapati suspek mengaku memperoleh pil kuda itu dari negara jiran dengan kos RM11,000. Ekoran penangkapa­n lelaki itu, polis kemudian membuat serbuan di tiga lokasi di Pasir Mas dan Tumpat sejam kemudian.

KOTA BHARU: Polis Kelantan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM89.1 juta dan menahan 64,188 individu termasuk 3,958 warga asing yang terlibat dengan kegiatan dadah sejak Januari sehingga Selasa lepas.

Ketua Polis Kelantan Datuk Hasanuddin Hassan berkata operasi membantera­s dadah diteruskan dengan unit-unit sedia ada dan dari Bukit Aman ditempatka­n di sekitar sempadan ThailandMa­laysia di negeri ini yang sering menjadi tumpuan penyeludup membawa masuk bahan terlarang.

Dalam kejadian terbaharu pada Selasa lepas, sepasukan anggota dari Bukit Aman menahan seorang lelaki berusia 43 tahun di sebuah rumah di Kampung Paloh, Wakaf Bharu, Tumpat, katanya pada sidang berita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, semalam.

Dalam serbuan jam 3.45 petang itu, katanya, polis turut merampas 2,000 biji pil kuda dianggarka­n bernilai RM20,000.

“Siasatan awal mendapati suspek mengaku memperoleh pil kuda itu dari negara jiran dengan kos RM11,000. Ekoran penangkapa­n lelaki itu, polis kemudian membuat serbuan di tiga lokasi di Pasir Mas dan Tumpat sejam kemudian.

“Dalam serbuan itu polis menahan lima lelaki ter-

Datuk Hasanuddin Hassan Ketua Polis Kelantan

masuk seorang warga negara jiran berusia antara 21 hingga 51 tahun mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952. Kesemua mereka memiliki rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah,” katanya.

Hasanuddin berkata polis turut menyita tujuh kenderaan mewah bernilai RM524,000 dalam serbuan itu termasuk Nissan Fairlady, Toyota Camry dan Chevrolet serta wang tunai sebanyak RM77,900.

Kesemua yang ditahan itu direman tujuh hari sehingga 12 Jun ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DIRAMPAS: Hasanuddin menunjukka­n dadah jenis pil kuda bernilai RM20,000 yang dirampas selepas menahan seorang lelaki berusia 43 tahun di sebuah rumah di Kampung Paloh Wakaf Bharu, Tumpat pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan, Kota...
— Gambar Bernama DIRAMPAS: Hasanuddin menunjukka­n dadah jenis pil kuda bernilai RM20,000 yang dirampas selepas menahan seorang lelaki berusia 43 tahun di sebuah rumah di Kampung Paloh Wakaf Bharu, Tumpat pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan, Kota...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia