Utusan Borneo (Sarawak)

Baju, duit raya musnah dalam kebakaran di Taman Sejati Indah

-

SUNGAI PETANI: Kegembiraa­n menyambut Hari Raya Aidilfitri yang berbaki seminggu lagi musnah apabila persiapan termasukla­h baju, kuih raya dan duit raya, hangus dalam kebakaran yang membabitka­n tiga premis kediaman dan sebuah kedai runcit, di Taman Sejati Indah, kira- kira jam 1.30 pagi semalam.

Seorang daripada mangsa yang bekerja sebagai pemandu lori, Zakaria Awang, 53, berkata, sewaktu kejadian anak lelakinya, Mohd Firdaus, 24, bersendiri­an di rumah selepas dia keluar untuk bermesyuar­at dengan pengusaha katering di Pinang Tunggal, kira-kira 10 malam.

“Sewaktu keluar dari rumah, memang api di dapur sudah dipadamkan... saya terkejut apabila pulang ke rumah pada 2 pagi, orang ramai mengerumun­i kawasan rumah...tidak ada apa yang sempat diselamatk­an, persiapan raya yang anak saya beli serta duit raya yang keseluruha­nnya dianggarka­n berjumlah RM700, turut hangus terbakar.

“Sudah lebih 30 tahun saya tinggal di sini dan memang tidak sangka kejadian ini akan berlaku...bagaimanap­un saya bersyukur kerana anak saya selamat,” katanya kepada pemberita, di sini, semalam.

Mohd Firdaus yang bekerja di sebuah kilang di Pulau Pinang, berkata, dia berbuka puasa di rumah bersama ayahnya selepas pulang dari kerja dan masuk tidur kirakira 11.30 malam.

“Sekitar 1.30 pagi, saya nampak cahaya merah, saya buka lampu telefon bimbit dan nampak asap dari bahagian belakang rumah... saya terus berlari keluar kerana api sudah mulai marak.

“Baju raya memang hangus, tinggal kasut sahaja selamat sebab diletakkan di luar rumah..mujur dua motosikal sempat dialihkan,” katanya yang menumpang tidur di rumah jirannya, buat sementara waktu.

Sementara itu, seorang lagi mangsa, Aimi Yusaini Ahmad, 47, pula berkata, mereka sekeluarga sedang tidur sebelum dikejutkan suara jiran-jiran yang memberitah­u berlakunya kebakaran.

“Ketika itu, saya mengejutka­n isteri, Norlidza Halim (45), serta empat anak, Nor Hafizatul Ikmar (19), Aimi Hafizun (13), serta kembar Aimi Hafizan dan Aimi Hafizal (9), untuk segera keluar dari rumah.

“Dalam keadaan kelamkabut, kami perasan anak kembar kami, Aimi Hafizal yang sudah keluar, masuk semula ke dalam bilik untuk tidur, mujurlah saya sempat masuk semula ke dalam rumah dan membawanya keluar,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia