Utusan Borneo (Sarawak)

Jejak pembunuh pensyarah Palestin semakin sukar?

-

BANGKOK: Kisah pembunuhan pensyarah warga Palestin Dr Mohamed Fadi Al Batsh di Kuala Lumpur pada April lepas seakan-akan tenggelam susulan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang menyaksika­n keputusan mengejut.

Sebenarnya, pembunuhan berprofil tinggi itu tidak pernah dipandang ringan oleh pihak berkuasa dan malah, Polis Diraja Malaysia (PDRM) memikul tugas berat untuk menyelesai­kannya serta mengheret dua lelaki ýang kelihatan seperti warga ‘Timur Tengah’ itu ke muka pengadilan kerana disyaki membunuh dengan kejam ahli akademik yang warak dan disenangi ramai itu.

Tugas mencabar untuk menjejaki suspek menjadi lebih rumit kerana pembunu- han itu mungkin dilakukan orang yang amat terlatih serta menggunaka­n taktik dikenali sebagai ‘Escape and Evasion’ (melarikan diri dan mengelak)(E&E).

Kebolehan E& E akan memastikan pelakunya mendahului si pemburu beberapa langkah di hadapan dan inilah kesulitan yang dialami PDRM dalam menjejaki dua suspek yang licik itu.

Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Mohamed Fuzi Harun, kedua- dua suspek terus melarikan diri ke Thailand selepas membunuh warga Palestin itu, yang dikatakan mempunyai hubungan dengan pergerakan Hamas, agar jejak mereka sukar dikesan.

Sumber keselamata­n yang boleh dipercayai memberitah­u Bernama bahawa usaha mengesan dua lelaki itu menjadi lebih rumit selepas mereka menyeberan­g masuk ke Thailand, yang mempunyai 66 juta penduduk dan banyak pintu keluar, termasuk yang sah dan haram.

“Dalam kes ini ( pembunuhan Dr Fadi Al Batsh), jejak suspek semakin lenyap setelah mereka melarikan diri ke Thailand. Apabila sudah berada di Thailand, mereka bebas bergerak ke mana saja dan apa yang dibimbangk­an ialah mereka sudah meninggalk­an Thailand untuk ke negara lain,” katanya.

Polis Malaysia mungkin memerlukan bantuan negara lain, di samping Thailand, serta mengambil masa berbulan-bulan malah, bertahunta­hun sebelum berupaya mencatat sebarang kejayan dalam siasatan mereka.

Menurut sumber, suspek mungkin menggunaka­n beberapa pasport palsu untuk menyelinap keluar dari Thailand dan ini tentunya merumitkan lagi kerja polis Malaysia.

Berdasarka­n siasatan Bukit Aman, kedua- dua suspek menggunaka­n pasport palsu Serbia dan Montenegro untuk masuk ke Malaysia, kemungkina­n pada Februari tahun ini.

Mohamed Fuzi berkata, selain pasport palsu negara Balkan itu, suspek juga memiliki dokumen perjalanan palsu beberapa negara.

Dalam pembunuhan seorang pakar dron dan anggota pergerakan Hamas dikenali sebagai Mohammed Zawahri di Sfax, Tunisia pada Disember 2016, dua ejen Mossad yang dituduh melakukan tugas kotor itu dilapor menggunaka­n pasport sebuah lagi negara Balkan, Bosnia dan Herzegovin­a.

Sumber itu juga berkata usaha mendapatka­n kerjasama Polis Diraja Thailand dan Polis Antarabang­sa (Interpol) bagi menjejaki dua lelaki itu sedang diteruskan susulan kunjungan Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) Bukit Aman Datuk Huzir Mohmad ke Bangkok pada 3 April.

Perjumpaan antara Huzir dan Ketua Polis Thailand Jen Chaktip Chaijinda juga diatur untuk terus membincang­kan tentang kerjasama itu.

Seorang pegawai polis Thailand yang dihubungi Bernama berkata Chakthip tidak dapat bertemu Huzir ketika itu kerana beliau be- rada di luar Bangkok.

Sementara itu, satu sumber yang enggan dikenali berkata para penyiasat juga mengkaji kemungkina­n pembunuhan pensyarah Palestin itu berpunca daripada konflik yang wujud antara Hamas dan Fatah, tetapi perkara itu belum dapat disahkan.

Menurut sumber itu, konflik daripada persaingan sengit antara Hamas dan Fatah adalah satu lagi dimensi yang sedang dikaji di samping tanggapan banyak pihak termasuk anggota keluarga mangsa di Semenanjun­g Gaza iaitu pembunuhan Dr Fadi dilakukan ejen perisikan Israel.

Kerajaan Israel mendakwa Dr Fadi adalah pakar dalam teknologi dron tetapi ia dinafikan rakan rapat mangsa. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia