Utusan Borneo (Sarawak)

Dua lelaki ditahan cuba seludup senjata api tiruan dari negara jiran

-

ALOR SETAR: Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) menahan dua lelaki tempatan dan merampas 11 laras senjata api tiruan yang cuba diseludup dalam sekatan jalan raya di Kilometer 1.1 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) di Bukit Kayu Hitam, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Supt Mohd Ismail Ibrahim berkata dalam kejadian jam 11.30 malam, anggota AKSEM melakukan pemeriksaa­n ke atas kenderaan pacuan empat roda, jenis Ford Ranger yang dinaiki oleh dua lelaki berusia 29 dan 25 tahun.

Hasil pemeriksaa­n, katanya, pihak berkuasa menemukan dua pucuk pistol tiruan jenis Eclipse, lapan pucuk pistol jenis Tactical Division dan selaras senapang sniper di bahagian tempat duduk penumpang belakang.

Selain itu, pihak berkuasa turut menemukan antara lain empat unit kelopak M4/16 dan satu unit peluru plastik, katanya dalam kenyataan di sini semalam.

“Suspek yang berumur 29 tahun memaklumka­n bahawa telah membeli senjata tiruan tersebut di Danok, Thailand dengan harga RM100 sepucuk untuk kegunaan sendiri,” ka- tanya.

Menurut Mohd Ismail, siasatan awal mendapati kedua-dua lelaki berkenaan, yang berasal dari Lunas, Kulim itu, telah meminjam kenderaan tersebut dari seorang rakan untuk membawa senjata tiruan yang dibeli dari negara jiran tanpa pengetahua­n pemilik kenderaan.

Beliau berkata kedua-dua lelaki berkenaan ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 36 Akta Senjata 1960 atas kesalahan memiliki dan mengimport senjata tiruan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia