Utusan Borneo (Sarawak)

Sempena promosi ‘Raya Clearance Sale’ menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri yang diadakan selama lima hari

- Oleh Marlinda Mardzuki

KUCHING: Kedai perabot, Expo Furniture Town kini mengadakan jualan hebat terbesar pada promosi ‘Raya Clearance Sale’ sebelum sambutan Hari Raya yang bakal tiba.

Pengurus Besar Expo Furniture Town, Ong Sak Kiaw berkata, promosi jualan selama lima hari bermula 10 hingga 14 Jun ini menawarkan diskaun sebanyak 50 hingga 70 peratus kepada pelanggan.

“Kami menyediaka­n pelbagai jenis perabot termasuk sofa kulit berjenama Livorno yang dijual bermula dari harga RM3,999 dan sofa fabrik Falala dari harga RM2,999.

“Selain itu, set bilik tidur termasuk almari 8’X8’, katil bersaiz Queen, kerusi dan meja solek serta meja sisi dijual dari harga RM2,999. Manakala meja makan marmar ( 1+ 6) pula dijual dengan harga bermula dari RM1,650.

“Dengan setiap pembelian ini, pelanggan bakal membawa pulang hadiah percuma,” katanya semalam.

Ong berkata, kesemua prabot yang dijual di sini adalah berkualiti tinggi dan diimport khas termasuk dari China, Kuala Lumpur dan Taiwan.

Antara produk lain yang juga boleh didapati di sini katanya, ialah tilam jenama terkenal seperti Dreamland, Goodnite, Napure dan Auzzie Slzzp.

“Semua stok adalah terhad dan ia mengikut terma dan syarat pembelian,” katanya sambil menambah pihaknya juga ada menyediaka­n waranti untuk setiap pembelian produk di sini serta perkhidmat­an penghantar­an percuma untuk kawasan Kuching dan Kota Samarahan.

Orang ramai boleh mengunjung­i Expo Furniture Town di Lot 27, Jalan Pisang, Kuching, dari jam 10.30 pagi hingga 8 malam dari Isnin hingga Sabtu dan pada Ahad dari jam 10.30 pagi hingga 5 petang.

Untuk keterangan dan pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubung­i 082-423476 atau 082-243997 ataupun melayari laman Facebook EXPO FURNITURE.

 ??  ?? IMPORT KHAS: Promosi Raya Clearance Sale di Expo Furniture Town yang terletak di Lot 27, Jalan Pisang, Kuching.
IMPORT KHAS: Promosi Raya Clearance Sale di Expo Furniture Town yang terletak di Lot 27, Jalan Pisang, Kuching.
 ??  ?? JUALAN HEBAT: Orang ramai jangan lepaskan peluang berkunjung ke Expo Furniture Town di Lot 27, Jalan Pisang, Kuching.
JUALAN HEBAT: Orang ramai jangan lepaskan peluang berkunjung ke Expo Furniture Town di Lot 27, Jalan Pisang, Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia