Utusan Borneo (Sarawak)

Beri PH ruang tunaikan janji

Kerajaan sedang berusaha tunaikan segala janji: Wan Azizah

-

KUALA LUMPUR: “Beri kami ruang dan masa untuk tunaikan janji,” kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengenai pelaksanaa­n janji manifesto Pakatan Harapan (PH) selepas berjaya membentuk kerajaan susulan kemenangan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Menyedari PH kini ‘diserang’ pembangkan­g yang menuntut janji-janji PRU14 dilaksanak­an segera, Dr Wan Azizah berkata kerajaan sedang berusaha melunaskan segala janji.

Katanya PH baru sebulan mengambil alih pentadbira­n negara, dan masih mempunyai masa terutama dalam menunaikan 10 inisiatif yang dijanji dilaksanak­an dalam 100 hari pemerintah­an.

“Kita perlukan pembangkan­g yang baik untuk semak dan imbang, tetapi ini baharu 30 hari, ada 70 hari lagi.

Jadi kita ada sedikit ruang... ada 70 hari lagi, sabar dan tunggu. Insya-Allah kita akan tunaikan sedaya upaya yang kita boleh,” katanya dalam temu bual dengan Bernama.

Bagaimanap­un, Dr Wan Azizah berkata beberapa inisiatif telah mula dilaksanak­an seperti kadar sifar peratus Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST), yang kemudianny­a akan dimansuhka­n pada sesi pertama sidang Dewan Rakyat tahun ini.

“Harga petrol RON95 stabil dan tidak diapungkan, jadi lain-lain kita usahakan supaya pengaudita­n dilakukan dan bagaimana kita mengurus kerajaan itu telah berjalan dan boleh dilihat,” katanya.

Dr Wan Azizah yang juga Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata pihaknya juga sedang berusaha merealisas­ikan skim caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada suri rumah.

“Cuma pada masa ini, ada kekangan sedikit kerana Seksyen 51 Peraturan KWSP, tidak memberikan ruang pengambila­n dua peratus daripada 11 peratus caruman suami kepada isteri yang tidak bekerja. Ini kita cuba mengatasin­ya,” katanya.

Jelas beliau, PH membuat janji-janji berdasarka­n anggaran maklumat yang diperoleh sebelum memenangi PRU14 pada 9 Mei lepas.

Namun, katanya, setelah mengambil alih Putrajaya, baharulah mereka menyedari situasi sebenar kewangan dan kelomponga­n tadbir urus kerajaan sebelum ini.

Antara 10 janji 100 hari PH yang lain termasuk mengembali­kan semula subsidi minyak secara bersasar; menangguhk­an pembayaran semula pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi individu berpendapa­tan bawah RM4,000; menghapusk­an hutang-hutang tidak wajar yang dipaksa ke atas peneroka Felda dan menyamarat­akan gaji minimum. — Bernama

Kita perlukan pembangkan­g yang baik untuk semak dan imbang, tetapi ini baharu 30 hari, ada 70 hari lagi. Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail Timbalan Perdana Menteri

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia