Utusan Borneo (Sarawak)

Dr Mahathir mulakan lawatan kerja ke Jepun

-

KUALA LUMPUR: Keperluan untuk membina dan menaik taraf Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di kawasan bandar amat penting bagi memenuhi permintaan masyarakat India yang ingin mendapatka­n pendidikan di sekolah tersebut.

Menteri Sumber Manusia M. Kula Segaran berkata pembinaan sekolah aliran itu juga seiring dengan penghijrah­an masyarakat India yang ramai telah berpindah dari penempatan estet ke kawasan bandar.

“Dulu pembinaan sekolah Tamil di negara ini banyak di pinggir estet namun kini masyarakat India telah berhijrah maka keperluan untuk membina dan membesarka­n sekolah Tamil di kawasan pekan sangat mustahak,” katanya selepas menghadiri Persidanga­n Antarabang­sa Kesusaster­aan Tamil KanakKanak 2018 edisi pertama di Universiti Malaya (UM), di sini semalam.

Kula turut menyatakan komitmen kerajaan Pakatan Harapan untuk memastikan kaum India mendapat peluang pendidikan yang baik memandangk­an 52 peratus kanak-kanak berketurun­an India di negara ini mendapatka­n pendidikan di sekolah aliran Tamil.

Katanya kerajaan juga sedang berusaha menunaikan janji manifesto berkenaan semua SJKT akan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan dan infrastruk­tur di setiap SJKT akan dinaik taraf agar sama dengan kualiti di Sekolah Kebangsaan.

Menyentuh mengenai Persidanga­n Antarabang­sa Kesusaster­aan Tamil Kanak-kanak yang julung kali diadakan itu, Kula berkata lapan negara termasuk India dan Singapura menyertai persidanga­n itu bagi mengukuhka­n lagi peranan Bahasa Tamil dan memantapka­n penggunaan sastera Tamil dalam kalangan murid di bawah usia 14 tahun.

Persidanga­n tiga hari bermula semalam anjuran Fakulti Sastera dan Sains Sosial, UM. — Bernama TOKYO: Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di sini Ahad untuk lawatan kerja tiga hari yang padat ke ibu negara Jepun, lawatan pertamanya ke luar negara selepas menjadi perdana menteri Malaysia yang ketujuh, bulan lepas.

Aturcara lawatan Dr Mahathir ke Jepun mengandung­i senarai panjang acara, mesyuarat dan temu bual media, bermula dengan majlis makan malam bersama komuniti rakyat Malaysia di negara ini.

Pesawat yang membawa pemimpin Malaysia yang berkarisma itu mendarat di Lapangan Terbang Antarabang­sa Haneda pada kirakira jam 4.55 petang Ahad. Malaysia satu jam di belakang Jepun.

Dr Mahathir, yang berada di sini khusus untuk menghadiri Persidanga­n Antarabang­sa Masa Depan Asia atau Persidanga­n Nikkei ke-24 mulai semalam hingga 12 Jun, diiringi isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan para pegawai Kementeria­n Luar.

Turut menyambut keti- baannya di lapangan terbang ialah Naib Menteri Parlimen bagi Hal Ehwal Luar Jepun Iwao Horii, Duta Besar Jepun ke Malaysia Makio Miyagawa dan juga Duta Besar Malaysia ke Jepun Datuk Ahmad Izlan Idris.

Pada Persidanga­n Nikkei, ucapan Dr Mahathir akan berkisar di sekitar tema persidanga­n ‘Keeping Asia Open - How to Achieve Prosperity and Stability’.

Satu lagi acara utama lawatan Dr Mahathir adalah bertemu dengan rakan sejawatann­ya Shinzo Abe, dan juga menghadiri beberapa siri perbincang­an dengan pemimpin perniagaan Jepun dan wakil industri perbankan.

Beliau juga dijangka menyampaik­an ucapan berhubung tema persidanga­n, Hubungan Malaysia- Jepun di bawah Pentadbira­n Baharu Tun Dr Mahathir pada satu majlis di House of Councillor­s.

Juga menarik perhatian adalah interaksi perdana menteri dengan media Jepun pada majlis dialog di Japan National Press Club.

Dr Mahathir akan berlepas pulang ke tanah air pada Selasa. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? LAWATAN KERJA: Dr Mahathir disambut oleh Ahmad Izlan sebaik sahaja mendarat di Lapangan Terbang Antarabang­sa Haneda di Tokyo, semalam. Ini merupakan kunjungan pertama beliau ke luar negara selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia...
— Gambar Bernama LAWATAN KERJA: Dr Mahathir disambut oleh Ahmad Izlan sebaik sahaja mendarat di Lapangan Terbang Antarabang­sa Haneda di Tokyo, semalam. Ini merupakan kunjungan pertama beliau ke luar negara selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia