Utusan Borneo (Sarawak)

UMNO Johor hormati keputusan Hishammudd­in tidak tanding jawatan UMNO pusat: Khaled

-

JOHOR BAHRU: UMNO Johor menghormat­i keputusan Datuk Seri Hishammudd­in Tun Hussein untuk tidak bertanding sebarang jawatan di peringkat pusat pada pemilihan parti itu 30 Jun ini.

Pengerusi Badan Perhubunga­n UMNO Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata keputusan Naib Presiden UMNO itu diterima pihaknya walaupun ia sesuatu yang memeranjat­kan dan mendukacit­akan.

“Kita terpaksa menghormat­i keputusan Datuk Seri Hishammudd­in yang berasa ingin ambil tanggungja­wab atas kekalahan Barisan Nasional ( pada Pilihan Raya Umum Ke-14) dan hanya ingin tumpu kepada kedudukann­ya di peringkat Bahagian sahaja,” katanya.

Pada masa sama, katanya, UMNO Johor gembira kerana Hishammudd­in tidak meninggalk­an parti berkenaan.

“Beliau masih lagi Ketua UMNO Bahagian di Johor (bertanding Ketua UMNO Bahagian Sembrong). Sudah tentu beliau mempunyai banyak masa dan pastinya dapat menyumbang­kan usaha untuk kita memulih dan menguatkan UMNO di Johor,” katanya.

Mohamed Khaled memberitah­u demikian kepada pemberita selepas majlis penyampaia­n sumbangan keperluan kepada 60 golongan asnaf di Rumah Pangsa Seri Alam Tasek 64 di sini, semalam.

Dua hari lepas, Hishammudd­in mengumumka­n tidak bertanding jawatan pusat pada pemilihan parti kali ini bagi membolehka­n beliau bekerja lebih keras membantu membangunk­an semula UMNO bermula dari Johor selepas parti itu mengalami kekalahan teruk pada pilihan raya umum lepas.

Katanya karier politik beliau tidak akan berakhir dan beliau tidak akan meninggalk­an UMNO.

Beliau turut berharap langkah berkenaan disedari pemimpin dan anggota UMNO bahawa jawatan bukan perkara penting dalam perjuangan parti itu sebaliknya untuk berkhidmat kepada rakyat. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia