Utusan Borneo (Sarawak)

Portugal tiba di Rusia, mulakan persiapan terakhir

-

MOSCOW, Rusia: Portugal tiba di Rusia Sabtu lepas untuk memulakan persediaan terakhir mereka sebelum ke Piala Dunia, di mana mereka akan bersaing dengan Sepanyol di pusingan pertama.

Juara Eropah itu akan menentang negara jiran mereka itu pada perlawanan pertama mereka di Sochi pada hari Jumaat.

Kapten Portugal, Cristiano Ronaldo dan rakan- rakan sepasukann­ya menerima sambutan tradisi Rusia dengan majlis pemberian roti dan garam setiba di pangkalan pasukan di Kratovo, sebuah perkampung­an yang terletak 40 kilometer tenggara Moscow.

Ronaldo adalah pemain terakhir meninggalk­an bas pasukan yang diiringi polis ke pangkalan pasukan selepas tiba di Lapangan Terbang Zhukosvky di luar Moscow.

Portugal dijadualka­n mengadakan sesi latihan pertama mereka di pusat latihan Saturn pada keesokan harinya.

Skuad kendalian Fernando Santos tidak memerlukan peringatan tentang betapa penting perlawanan pembukaan menentang Sepanyol, selepas tewas 0- 4 kepada Jerman di Brazil empat tahun yang lalu, menyebabka­n mereka tersingkir di pusingan pertama Piala Dunia 2014.

Pemenang perlawanan pada 15 Jun di Stadium Fisht di Sochi akan memiliki kelebihan untuk memenangi Kumpulan B, yang turut termasuk Maghribi dan Iran.

Dua pasukan teratas dari setiap kumpulan akan layak ke pusingan kedua kejohanan.

Sepanyol tiba di pangkalan pasukan mereka di bandar raya Krasnodar pada hari Khamis.

Portugal berada pada ranking keempat FIFA, badan induk bola sepak dunia dan sudah menang sembilan dari 10 perlawanan kelayakan Zon Eropah ke Rusia.

Ia merupakan penampilan ketujuh Portugal di Piala Dunia yang keempat dan kemungkina­n terakhir buat Ronaldo. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia