Utusan Borneo (Sarawak)

Perak naik ke tangga kedua Liga Super

-

KUALA LUMPUR: Perak merampas tangga kedua Liga Super dari Pahang selepas menewaskan Negeri Sembilan 2-0 di Stadium Perak, Ipoh, malam kelmarin.

Kemenangan kelapan tersebut menyaksika­n skuad ‘The Bos Gaurus’ mengumpul 27 mata selepas beraksi 15 perlawanan setakat ini.

Dua gol pasukan Perak dijaringka­n Brendan Gan pada minit ke-55 dan pemain import dari Brazil, Leandro Dos Santos pada minit ke-84.

Terengganu FC ( TFC) pula naik dua anak tangga ke kedudukan kelima liga setelah mengalahka­n wakil Perak, PKNP FC 2-1 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Pada perlawanan berkenaan, skuad Penyu mendahului 2-0 hasil jaringan Kipre Brice Hermann Tchetche pada minit ke-67 dan Lee Andrew Tuck, selang tiga minit kemudian, sebelum pemain import dari Korea Selatan, Kim Sang Woo mengurangk­an defisit jaringan untuk PKNP FC pada minit ke-78.

Kuala Lumpur pula naik tiga anak tangga ke kedudukan ketujuh liga selepas bangkit daripda ketinggala­n sebelum menewaskan Melaka 4-2 di Stadium Hang Jebat, Melaka.

Empat gol pasukan pelawat dijaringka­n kapten pasukan, Indra Putra Mahayuddin pada minit ke-30 dan ke-82, Mohd Zaquan Adha Abd Radzak (minit ke-55) dan pemain import dari Brazil, Guilherme De Paula Lucrecio pada minit ke-63.

Dua gol pasukan Melaka disumbangk­an pemain import dari Nigeria, Ifedayo Olusegun Patrick Omosuyi Jeon seawal minit kelima dan ke-42.

Kuala Lumpur sebelum itu terpaksa beraksi dengan 10 pemain setelah Zhafri Yahya dilayangka­n kad merah oleh pengadil perlawanan, Razlan Joffri Ali selepas mengutip kad kuning kedua pada minit ke-70. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SAMA HEBAT: Pemain Perak, Gilmar Jose Da Silva Filho (kiri) berebut bola dengan pemain Negeri Sembilan pada perlawanan Liga Super di Stadium Perak, Ipoh malam kelmarin.
— Gambar Bernama SAMA HEBAT: Pemain Perak, Gilmar Jose Da Silva Filho (kiri) berebut bola dengan pemain Negeri Sembilan pada perlawanan Liga Super di Stadium Perak, Ipoh malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia