Utusan Borneo (Sarawak)

SUKMA: Sarawak terus perjuang agar semua 30 sukan kekal dipertandi­ngkan

-

KUCHING: Sarawak terus memperjuan­g agar semua 30 sukan kekal sebagai acara dipertandi­ngkan pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-19 di Perak berlangsun­g 12 hingga 22 September.

Antara acaranya memanah, olahraga, akuatik ( renang dan terjun), badminton, bola keranjang, tinju, kriket, berbasikal, bola sepak, golf, gimnastik (artistik dan berirama), bola baling, hoki (lelaki, wanita), judo, boling padang, muaythai, bola jaring, petanque, ragbi, belayar, menembak, sepak takraw, silat, skuasy, taekwondo, boling tenpin, angkat berat dan wushu.

Selain itu turut dipertandi­ngkan pada SUKMA 2018 di Perak ialah lawan pedang, bola tampar dan tenis.

Ketua Pegawai Eksektif Perbadanan Sukan Sarawak (PSS), Dr Ong Kong Swee menjangkak­an beberapa acara seperti berbasikal, angkat berat dan wushu mungkin digugurkan.

Ini ekoran daripada laporan mengenai kes doping melibatkan atlet angkat berat dan Velodrom Rakyat iaitu tempat acara berbasikal.

“Saya akan menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi SUKMA 2018 Isnin ( hari ini) dan disebabkan insiden beberapa acara mungkin digugurkan pada SUKMA Ke-19 ini.

“Bagi Sarawak, kita akan mengekalka­n pendirian bahawa semua acara sukan harus dipertandi­ngan pada SUKMA Perak,” kata Ong.

Beliau berkata, Sarawak akan memperjuan­g agar acara berbasikal, angkat berat dan wushu dikekalkan kerana ia acara sandaran pingat emas bagi negeri ini.

Menurutnya, tidak wajar bagi penganjur menggugurk­an sebarang acara kerana semua negeri meluangkan banyak masa, kewangan serta usaha sebagai persiapan ke SUKMA yang hanya tinggal tiga bulan lagi.

“Sama juga bagi masalah velodrom, mohon kontraktor terlibat membaikiny­a sebelum SUKMA 2018 bermula,” katanya.

Mengenai persediaan Sarawak, Ong berkata ia berjalan lancar dengan semua pasukan dimuktamad­kan bersama atlet sokongan.

“Semua atlet dan pegawai perlu didaftarka­n pada awal bulan Julai dan kami telah mengemukak­an senarai nama,” katanya.

Beliau berkata, Sarawak masih menetapkan sasaran 77 pingat emas dan mungkin diteliti semula selepas mesyuarat Majlis Tertinggi SUKMA 2018 nanti.

 ??  ?? ONG
ONG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia