Utusan Borneo (Sarawak)

Jom sertai Piala Cabaran Nangka

-

SIBU: Orang ramai dialualuka­n mengambil bahagian pada Siri Piala Cabaran Nangka 2018 bermula pada Julai hingga Oktober tahun ini.

Pengerusi penganjur, Jimmy De Rozario berkata kejohanan julung kali itu melibatkan empat acara sukan iaitu futsal, boling, bola sepak tujuh sebelah dan sepak takraw.

Katanya, penyertaan adalah terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia.

“Keempat- empat acara sukan itu diadakan setiap bulan pada hujung minggu bermula Julai hingga Oktober.

“Hadiah dalam bentuk wang tunai akan dianugerah­kan kepada pemenang bagi setiap siri kejohanan untuk setiap bulan.

“Pemenang tempat empat teratas setiap acara layak bertanding pada peringkat akhir berlangsun­g pada Disember nanti,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Pengerusi Sekretaria­t Sosial Budaya Sukan & Perpaduan Nangka (SSBSPN) itu berkata siri piala cabaran itu merupakan anjuran bersama SSBSPN, Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersama (PBB) Sibu dan Pusat Khidmat DUN Nangka.

Beliau berkata, pemenang tempat tiga teratas setiap acara masing-masing membawa pulang RM1,500, RM1,000 dan RM250.

Manakala peringkat akhir pada Disember menjanjika­n hadiah bernilai RM5,000 ( juara), RM3,000 ( naib juara), RM2,000 ( tempat ketiga) dan RM1,000 (tempat keempat).

Katanya, penyertaan bagi acara futsal adalah terhad kepada 32 pasukan, boling 25 pasukan, bola sepak 7 sebelah dan sepak takraw masing-masing 20 pasukan.

“Penganjura­nnya untuk mempromosi gaya hidup sihat melalui bersukan dan menarik lebih ramai peminat sukan menyertai acara ini bagi mencukil bakat mereka,” katanya.

Sebarang pertanyaan mengenai borang penyertaan dan maklumat lanjut boleh menghubung­i Halel Ibrahim (013-8117850) untuk acara futsal, Junaidi Ahmad (0138122408) acara bola sepak, Osman Yusuf (019-4682523) acara boling dan Edmong Chua (016-5892883) acara sepak takraw.

 ??  ?? SERTAI KAMI: Jimmy (duduk, tiga kiri) bersama jawatankua­sa penganjur pada sidang media di Sibu semalam.
SERTAI KAMI: Jimmy (duduk, tiga kiri) bersama jawatankua­sa penganjur pada sidang media di Sibu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia