Utusan Borneo (Sarawak)

Bekas pengulas sukan RTM memenangi presiden SAM

-

PETALING JAYA: Pengarah Eksekutif Northern Corridor Promotions Sdn Bhd, Jasnie Shafie menang tanpa bertanding jawatan Presiden Persatuan Penulis- Penulis Sukan Malaysia ( SAM) pada mesyuarat agung dwitahunan SAM bagi penggal 2018- 2020 yang berlangsun­g di sini kelmarin.

Beliau yang pernah berkhidmat sebagai pengulas sukan sambilan Radio Televisyen Malaysia ( RTM), menggantik­an Naib Presiden Kanan Berita dan Majalah Astro Arena, Ahmad Khawari Mohd Isa yang memutuskan untuk tidak mempertaha­nkan jawatan presiden yang disandangn­ya sejak lima penggal lepas.

Pengarang Sukan Kosmo, Asan Ahmad pula mengekalka­n jawatan Timbalan Presiden SAM selepas menerima 48 undi berbanding pencabarny­a, penolong editor sukan New Straits Times, Ajitpal Singh yang meraih 24 undi daripada 72 anggota SAM yang mengundi.

Penerbit rancangan RTM, Norismadi Abdul Manap dan Pengurus Foto Kumpulan Media Karangkraf, Izahar Atan juga kekal sebagai Naib Presiden SAM setelah menang tanpa bertanding.

Ketua Meja Sukan Bernama, Farhanah Azmi pula dipilih sebagai Bendahari selepas meraih 42 undi berbanding pencabarny­a, Aida Adillah Mat daripada Harian Metro yang memperoleh­i 30 undi. Dalam pada itu, wartawan sukan Bernama, Zuriati Zulmi merupakan antara lima individu yang dilantik sebagai anggota exco SAM setelah menerima undian tertinggi daripada 72 anggota SAM yang mengundi.

Empat pengamal media lain yang dipilih sebagai anggota exco SAM ialah Mohd Hafizal Hamad (Astro Arena), Mohd Hazreen Nor Mubarak ( TV3), Ku Mohd Lufti Ku Yahya (Sports 247) dan Ahmad Fazli Mohd Yadi ( Kosmo).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia