Utusan Borneo (Sarawak)

Hamilton harungi hari malang

Terlepas satu rekod petak pertama yang ke-7 di Litar Gilles Villeneuve, bermula di petak keempat pada Grand Prix Kanada

-

MONTREAL, Kanada: Dengan enam kemenangan di Grand Prix Kanada, Lewis Hamilton mempunyai beberapa hari yang buruk di Litar Gilles Villeneuve tetapi Sabtu lepas, ia adalah salah satu hari malang yang menyebabka­n beliau terlepas rekod satu rekod petak pertama yang ketujuh.

Untuk tiga tahun terakhir, Hamilton meletakkan pasukannya, Mercedes, di petak pertama tetapi untuk perlumbaan tahun ini, pesaing beliau dari pasukan Ferrari, Sebastian Vettel, akan bermula di petak pertama sementara beliau akan bermula di petak keempat.

Dengan Ferrari membawa enjin naik taraf untuk perlumbaan di sini, Mercedes menjangkak­an kurang menyerlah ketika mereka cuba untuk menggunaka­n perlumbaan ketujuh dan terakhir dengan enjin lama.

Tetapi Sabtu lepas, ia bukan kerana enjin mereka mengecewak­an tetapi hakikat yang diakui oleh Hamilton, juara dunia empat kali, adalah kerana hari yang malang ketika rakan sepasukann­ya, Valtteri Bottas akan memulakan perlumbaan di barisan hadap a n

Saya berasakan saya mempunyai kepantasan untuk berada di kelompok teratas. Lewis Hamilton Pemandu Mercedes

bersama- sama Vettel.

“Saya berasakan saya mempunyai kepantasan untuk berada di kelompok teratas,” kata Hamilton, yang menduduki petak pertama di Kanada sebanyak enam kali dan juga mencipta enam keme- nangan. “Saya mempunyai kepantasan tetapi saya kelihatann­ya bergelut mencari rentak dan gagal melakukan sesuatu yang lebih bagus lagi. “Biasanya pada sesi terakhir, saya berada di kedudukan terbaik di litar ini tetapi jelas sekali saya bergelut pada selekoh terakhir. Saya sentiasa sukar ketika di selekoh hari ini. “Ia sememangny­a mengambil sedikit masa di situ, dan menamatkan peluang menduduki petak pertama. Saya seperti gagal mengelak ia dari berlaku tetapi esok ( hari perlumbaan) saya akan cuba bangkit,” P a s u k a n M e r c e d e s m e n y e d a r i apa yang bakal mereka hadapi di Grand Prix Kanada ini apabila berkata Rabu lepas di mana mereka menangguhk­an pengenalan unit naik taraf enjin selepas perlumbaan di sini kerana “isu kualiti”.

Walau bagaimanap­un, Mercedes mempamerka­n prestasi memberangs­angkan dalam kesemua tiga sesi latihan dan disusuli dengan prestasi meyakinkan Bottas dalam sesi ujian masa kelayakan Sabtu lepas.

Apa pun, enjin naik taraf mungkin memberikan perbezaan jika diperkenal­kan Sabtu lepas, kata pengurus pasukan, Toto Wolff.

“Jika kami membawa enjin baharu, adakah ia memberikan kelebihan kepada kami? Soal Wolff. “Sudah tentu ia mempunyai satu perbezaan hari ini.

“Adakah ia cukup untuk petak pertama atau Lewis layak di barisan hadapan? Kami tidak tahu tetapi sekali lagi, ia adalah salah satu perkara yang mungkin mengubah keseluruha­n situasi.

“Jadi kami tidak harus terlepas peluang walaupun sedikit naik taraf dan kesilapan yang kecil akan dihukum. Ia menjadi perbezaan di antara menang dan kalah pada hujung minggu ini.” — Reuters

 ??  ?? HAMILTON
HAMILTON

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia