Van Marwijk harus rangka strategi baharu
BUDAPEST, Hungary: Jurulatih Australia, Bert Van Marwijk harus merangka strategi baharu walaupun pasukannya menang 2-1 ke atas Hungary pada perlawanan persediaan terakhir sebelum Piala Dunia 2018 di sini Sabtu lepas.
Australia kelihatan berbisa dalam separuh masa pertama dan berterima kasih kepada penjaga golnya, Mathew Ryan kerana mengekal kedudukan pada masa rehat selepas beberapa cubaan baik dari pasukan tuan rumah.
“Separuh masa pertama agak buruk, kami melakukan banyak kesilapan, banyak berlari dengan bola. Kami tidak cukup sabar dan juga mempunyai beberapa masalah teknikal,” kata Marwijk.
“OK, kami tidak bolos dan kami sudah bekerja keras sejak beberapa pemain – pemain mungkin keletihan.
“Dalam separuh masa kedua, kami bermain dengan lebih baik dan mengawal permainan. Anda boleh m e l i h a t , s e l e p a s 1-1, kami mahukan kemenangan. Ia sesuatu yang positif. Dari segi moral, kami menang tetapi saya memberitahu p e m a i n , saya tidak b e r p u a s hati.”
Australia, yang akan beraksi di Piala Dunia buat kali kelima mereka di Ru- sia minggu ini, meni ngkatkan permainan dalam separuh masa kedua dan membuka jaringan pada minit ke-74 a p a b i l a r e m - b a t a n kencang Daniel Arzani mengejutkan penjaga gol Denes Dibusz, yang gagal menang- kap kemas bola.
Bagaimanapun, pemain pertahanan Australia, Trent Sainsbury, tertanduk bola ke pintu golnya sendiri untuk gol penyamaan Hungary selepas kekeliruan dengan penjaga gol gantian, Brad Jones ketika berbaki dua minit permainan.
Namun masih ada kebangkitan lewat buat Australia dan kali ini gol sendiri juga menjadi penentu kemenangan apabila Tamas Kadar tertolak bola ke pintu gol sendiri pada minit ke-92 untuk memberikan Australia kemenangan kedua mereka dalam persediaan ke Piala Dunia 2018.
Australia membelasah Republik Czech 4-0 lapan hari lepas di Austria. Mereka tidak pernah menang pada perlawanan di tempat lawan sejak 2016 sehingga kemenangan ke atas Czech dan dua kemenangan berturut- turut di gelanggang lawan mengangkat semangat pasukan.
Mereka akan memulakan aksi Kumpulan C menentang Perancis pada 16 Jun di Kazan. — Reuters