Utusan Borneo (Sarawak)

Polis berkas 15 lelaki bunuh dua orang asing tanpa selidik

-

NEW DELHI: Pihak polis India telah menahan 15 lelaki selepas kejadian terbaharu dalam menjatuhka­n hukuman tanpa perbicaraa­n berpunca dari khabar angin disebarkan dalam WhatsApp mengenai orang asing menculik kanakkanak, menurut seorang pegawai semalam.

Satu kumpulan penyangak di sebuah kawasan puak di wilayah timur laut Assam telah menarik dua lelaki keluar dari kereta mereka pada malam Jumaat dan memukul mereka sehingga mati sebelum ketibaan pihak polis.

Sebuah video dalam YouTube menunjukka­n lelaki yang lebam teruk dan berdarah merayu untuk nyawa mereka.

Dua orang sahabat, penduduk bandar Guwahati di wilayah ini, telah pulang dari sebuah kawasan piknik.

“Kami telah menahan 15 orang. Kami turut menahan beberapa orang yang merakamkan dan memuatturu­nkan video,” pegawai kanan polis wilayah Mukesh Agrawal memberitah­u AFP.

“Penduduk kampung menjadi curiga terhadap orang asing sejak tiga atau empat hari lepas bagi mesej yang dihantar melalui WhatsApp, termasuk melalui kata-kata orang, mengenai penculik kanak-kanak yang berkeliara­n di kawasan tersebut,” menurut pegawai berkenaan.

India telah melihat satu rangkaian pembunuhan beramairam­ai yang sama berpunca dari berita palsu, selalu kelihatan seperti keratan akhbar disebarkan dalam media sosial.

Pada bulan lepas enam orang telah dibunuh dalam insiden berasingan di selatan India berpunca dari khabar angin mengenai sebuah kumpulan penculikan kanak-kanak.

Serta pada tahun lepas lapan lelaki telah dibunuh dalam serangan yang sama di wilayah Jharkhand di timur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia