Utusan Borneo (Sarawak)

Jururawat guna latihan perubatan untuk selamat setelah dipatuk ular

-

SYDNEY: Seorang jururawat Australia telah bercerita mengenai bagaimana beliau terselamat selepas dipatuk seekor dari ular paling berbisa di dunia dengan menggunaka­n latihan perubatan bagi mengarahka­n anggota penyelamat­nya ketika beliau dalam keadaan sedar dan tidak sedarkan diri.

Christian Wright, 33, telah dipatuk pada kakinya oleh seekor ular berwarna coklat di bawah sebuah gaung di satu bahagian terpencil di Taman Negara Karijini kirakira 1,400 kilometer di utara Perth di Australia Barat pada bulan lepas.

“Saya memandang ke arah kaki saya, terdapat tiada tanda lubang. Tiada darah, tiada bahagian yang membengkak, tiada apa- apa langsung,” Wright memberitah­u pihak penyiaran komersil Channel Seven kelmarin.

“Saya mula hilang daya penglihata­n saya. Saya tahu saya akan pengsan.”

Bidan hospital itu menjerit kepada temannya Alex Chia, yang berjaya menyambut badannya ketika beliau pengsan.

“Matanya telah berpusing ke belakang, beliau sedang menggeleta­r dan berpeluhpe­luh, serta kemudian beliau menjadi benar-benar lemah dan berat,” Chia memberitah­u akhbar The West Australian.

“Kami berada di bawah sebuah gaung yang dalam, 30 meter tinggi, terdapat tiada sesiapa yang kelihatan. Bahagian yang paling sukar adalah berada di depan badannya yang tidak bernyawa.”

Satu pasangan Austria berhampira­n telah mendengar jeritan mereka meminta tolong dan menghubung­i pihak perkhidmat­an kecemasan dengan telefon satelit mereka semasa mereka merawat kaki Wright berdasarka­n arahan beliau sendiri.

“Saya dalam keadaan sedar dan tidak sedar. Saya mula berasa sangat resah ketika neuro toksin itu mula sampai ke bahagian kepala saya, saya telah menggeliat dan menjerit akibat kesakitan dalam kepala saya,” Wright memberitah­u The West Australian.

Seorang renjer adalah orang yang pertama telah tiba di tempat kejadian, diikuti dengan anggota paramedik dan anggota penyelamat lain.

Namun penderitaa­n Wright masih belum berakhir, dengan renjer telah mendapatka­n bantuan 20 pelancong berhampira­n bagi mem- bawa jururawat itu keluar dari kawasan yang mencabar menggunaka­n alat pengusung sementara menahan kepalanya di atas kakinya.

Ia mengambil masa lebih dari sejam untuk membawa beliau ke sebuah ambulans sebelum beliau dibawa ke sebuah hospital kira- kira 75 kilometer jauhnya dan diberikan ubat antibisa bagi menangani racun.

Ular coklat, yang mana patukannya selalunya tidak memberikan rasa sakit, adalah terkenal sebagai reptilia penakut yang menyerang tanpa teragak-agak.

Kematian akibat patukan ular jarang berlaku walaupun Australia merupakan kediaman bagi 20 dari 25 jenis ular paling berbisa di dunia.

Menurut anggaran rasmi terdapat kira-kira 3,000 kes patukan ular di Australia pada setiap tahun, dengan 300-500 yang memerlukan rawatan antibisa. Hanya dianggarka­n dua dalam setahun yang membawa maut. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia