Utusan Borneo (Sarawak)

Letupan bom kereta di Somalia cederakan tujuh tentera

-

MOGADISHU: Satu letupan bom kereta nekad di sebuah pangkalan tentera di Somalia telah mencederak­an tujuh tentera pada lewat kelmarin, menurut seorang pegawai tentera, dan kumpulan Islamis al Shabaab mengaku bertanggun­gjawab bagi serangan.

Al Shabaab berjuang untuk menjatuhka­n kerajaan pusat yang disokong oleh barat di Somalia dan mengemukak­an satu peraturan berdasarka­n pada interprest­asi tegasnya bagi undang-undang Syariah dalam Islam.

Mejar Hussein Ali, seorang pegawai tentera Somalia memberitah­u Reuters serangan berlaku di sebuah pangkalan tentera hanya di luar pekan Kismayu di Somalia Selatan.

“Kami telah menembak ke arah bom kereta nekad sebelum ia memasuki pangkalan. Ia telah meletup di luar pangkalan. Hanya tujuh anggota tentera Somalia telah tercedera,” menurut Ali.

Serangan adalah di pangkalan yang sama di mana seorang anggota tentera AS telah terbunuh dalam satu serangan pada lewat Jumaat lepas.

Al Shabaab mengaku bertanggun­gjawab bagi serangan kelmarin dan menyatakan mereka telah membunuh 430 anggota tentera Somalia.

“Kami telah membunuh 40 anggota tentera Somalia di pangkalan,” Abdiasis Abu Musab, jurucakap operasi tentera al Shabaab, memberitah­u Reuters.

Al Shabaab turut berjuang untuk menghalau keluar pasukan tentera pengaman AMISOM yang dimandatka­n oleh Kesatuan Afrika.

“Pasukan tentera asing melarikan diri dari pangkalan pada pagi ini kerana kami telah menyerang mereka pada hari Jumaat. Kami menyasarka­n pasukan tentera Somalia yang berada di pangkalan,” tambah beliau.

Abdullahi Ismail, seorang penduduk di kawasan tersebut di mana serangan berlaku memberitah­u Reuters beliau melihat lima kemalangan jiwa telah dibawa ke sebuah hospital tempatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia