Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga tentera, 13 ‘pengganas’ maut dalam serangan di Mali

-

BAMAKO: Tiga anggota tentera Mali dan 13 “pengganas” telah terkorban dalam pertempura­n di sebuah kem tentera di tengah Mali kelmarin, menurut kementeria­n pertahanan.

Pasukan tentera “telah membalas satu serangan pengganas pada awal pagi,” di pekan tengah Boni,” menurut pihak kementeria­n.

Pasukan tentera “telah membunuh 13 pengganas dan merampas senjata serta peluru,” serta tiga anggota tentera telah terkorban ketika serangan itu dibalas, tambah kenyataan berkenaan.

Sebelum itu, sumber ketenteraa­n memberitah­u AFP bahawa dua anggota tentera telah terkorban, di samping 13 pengganas dalam dua serangan di wilayah tersebut.

Penduduk di Boni memberitah­u AFP bahawa helikopter kemudian telah berlegar di kawasan tersebut namun keadaan kembali tenang pada waktu tengah hari.

Pihak ekstremis Islam dikaitkan dengan Al-Qaeda telah merampas kawalan di gurun utara Mali pada awal 2012, namun kemudian telah dihalau keluar dalam satu operasi tentera diketuai oleh Perancis pada Januari 2013.

Pada Jun 2015, kerajaan Mali telah menandatan­gani satu perjanjian damai dengan pakatan kumpulan bersenjata. Namun pihak pejuang jihad masih aktif, dan beberapa kawasan besar di negara ini masih dalam keadaan tegang.

Sejak 2015 serangan pejuang jihad tertumpu di bahagian tengah dan selatan Mali serta telah merebak ke negara jiran Burkina Faso dan Niger.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia