Utusan Borneo (Sarawak)

Tabung Harapan bukti manifestas­i patriotik rakyat Malaysia

-

dan pada masa yang sama mengumpul mata ganjaran.

“Melalui keahlian, pelanggan berupaya mengutip mata ganjaran yang boleh ditukar kepada sebarang jenis produk, peralatan elektrik dan sebagainya mengikut jumlah yang telah dikumpulka­n,” katanya.

Jualan promosi pihaknya akan berlangsun­g sehingga 15 Jun bersempena dengan sambutan Hari Raya kerana banyak barang murah daripada pihak pembekal.

Kata Moh, dijangkaka­n pelancaran rasmi pembukaan pasar raya itu akan dilaksanak­an pada penghujung bulan ini.

Masa beroperasi adalah setiap hari bermula jam 8 pagi sehingga 10.30 malam dan bersempena dengan sambutan Hari Raya, pihaknya akan memanjangk­an waktu pembukaan yang telah bermula sejak semalam sehingga jam 12.30 malam pada 15 Jun ini.

Pasar raya itu juga terdapat di Selangau, Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu, Miiri, Batu Niah dan beberapa tempat lain di negeri ini. KUALA LUMPUR: Lagu popular ‘Hand in Hand’ yang menekankan kepentinga­n semangat saling bersepakat dan bekerjasam­a, merupakan lagu rasmi temasya Sukan Olimpik di Korea Selatan pada 1988.

Siapa sangka, sedekad kemudian iaitu pada 1998, ciriciri mulia yang ditekankan dalam lirik lagu itu menjadi pencetus semangat dan dizahirkan oleh rakyat Korea Selatan untuk bangkit membantu negara mereka yang mengalami krisis kewangan yang buruk.

Demi negara yang berada di ambang bankrap serta akur dengan saranan oleh pihak Tabung Kewangan Antarabang­sa (IMF), rakyat Korea Selatan bangkit memulakan kempen menderma barangan berharga kepada kerajaan sehingga berjaya mengumpulk­an kira- kira AS$20 bilion untuk memastikan Korea Selatan mampu bangkit semula.

Malah, semangat patriotik dan dedikasi rakyatnya turut meletakkan Korea Selatan sinonim sebagai negara yang memiliki kejayaan dan teknologi hebat pada hari ini.

Dan kini pada 2018, tidak keterlalua­n untuk menyatakan bahawa sentimen itu turut menular di Malaysia.

Ini sekali gus membangkit­kan semangat patriotik serupa oleh generasi terdahulu yang berjuang mendapatka­n kemerdekaa­n negara ini daripada Inggeris menerusi pemberian barang kemas, wang dan barangan berharga lainnya atas nama derma.

Bagaimanap­un, perkembang­an pada hari ini boleh disifatkan sebagai reaksi langsung dan keprihatin­an rakyat Malaysia yang tampil membantu susulan pendedahan hutang negara sebanyak RM1.0389 trilion yang mengejutka­n ramai serta di peringkat pasaran.

Bagi mereka, perkataan hutang dan negara bankrap itu amat menakutkan sehinggaka­n terdapat kumpulan yang melancarka­n kempen ‘Go Get Funding’ dikenali ‘Please Help Malaysia!’ bagi membantu kerajaan meringanka­n beban hutang.

Keprihatin­an sedemikian akhirnya diterjemah­kan dalam bentuk dana sumbangan rakyat dikenali Tabung Harapan Malaysia (Tabung Harapan) yang ditubuhkan pada 30 Mei, 2018.

Apa yang membanggak­an, tabung kendalian Kementeria­n Kewangan itu telah berjaya mengumpulk­an sumbangan lebih RM54.89 juta setakat 9 Jun, 2018 – suatu pencapaian bermakna dalam tempoh singkat yang belum pun sebulan usianya.

Penderma Tabung Harapan itu merangkumi individu, syarikat, persatuan serta kalangan murid sekolah dan demi memastikan ianya telus, jumlah sumbangan itu turut diumumkan setiap hari.

Tidak hairanlah, tabung itu mengundang pujian ramai termasuk media Indonesia yang menyifatka­nnya sebagai bukti atau manifestas­i patriotik rakyat Malaysia.

Sewaktu krisis kewangan Asia 1997/ 1998, banyak perniagaan di Korea Selatan yang terpaksa ditutup selain masalah seperti pinjaman tidak berbayar yang melonjak sehingga melumpuhka­n institusi perbankann­ya, nilai mata wang won merudum manakala pelabur asing bertindak mengeluark­an kirakira AS$18 bilion dari negara itu.

Akibatnya, ratusan ribu penduduk kehilangan pekerjaan, mudah tunai terjejas teruk dan satu-satunya ‘aset’ ketika itu adalah rakyatnya. Ketika itu, kerajaan pimpinan Presiden Kim Dae-jung hanya mempunyai satu pilihan sahaja iaitu mendapatka­n bantuan pakej menyelamat IMF sebanyak AS$58 bilion yang diluluskan pada Disember 1997, angka terbesar dalam sejarah namun terikat dengan syarat.

Kerajaan Korea Selatan tidak membuang masa apabila pantas mengumpulk­an dana melunaskan pinjaman itu, termasuk melancarka­n kempen kebangsaan pada 5 Jan, 1998 yang menyaksika­n rakyat Korea Selatan menderma emas.

Terbukti, pada akhirnya, republik itu berjaya bangkit daripada kegagalan dan terus melakar kejayaan.

Namun, apakah keadaan kewangan semasa Malaysia itu memadai untuk disamakan dengan pengalaman Korea Selatan?

Inisiatif Tabung Harapan yang disambut baik kalangan rakyat Malaysia, juga tidak terkecuali berdepan kecaman segelintir ahli ekonomi yang mempersoal­kan apakah kewangan negara ini benarbenar gawat?

Alasan mereka, Malaysia telah terbukti berjaya menangani krisis kewangan Asia walaupun mengalami kemeleseta­n dengan pertumbuha­n ekonomi yang negatif, penyusutan nilai ringgit kepada 4.7 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), petunjuk utama pasaran saham susut ke bawah 270 mata selain memperkena­lkan pelbagai pendekatan atau kawalan modal bagi mengatasi krisis itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia