Utusan Borneo (Sarawak)

Pemuda PBB sokong keputusan keluar BN, tubuh GPS

-

KUCHING: Keluar daripada Barisan Nasional (BN) dan menubuhkan Gabungan Parti Sarawak (GPS) adalah keputusan wajar yang dilakukan oleh empat parti komponen BN Sarawak - Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP).

Sehubungan itu, Timbalan Ketua Pemuda PBB Fazzrudin Abdul Rahman berkata pergerakan itu menyokong sepenuhnya keputusan tersebut, yang akan memberi fokus kepada Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) serta kerjasama dengan kerajaan persekutua­n dalam menjaga kepentinga­n Sarawak.

“Pemuda PBB berpandang­an bahawa langkah berkenaan selari dengan perjuangan untuk memastikan hak Sarawak terpelihar­a demi pembanguna­n, kepentinga­n rakyat serta negeri khususnya,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PBB, semalam.

Fazzrudin menambah, Pemuda PBB juga akan terus berdiri teguh menyokong kepimpinan Ketua Menteri merangkap Presiden PBB Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dalam memimpin Sarawak dan melaksanak­an yang terbaik untuk rakyat dan negeri.

“Kami akan terus menyokong penuh segala usaha ketua menteri dalam melaksanak­an dasar untuk meningkatk­an taraf kemudahan luar bandar, termasuk usaha beliau mempertaha­nkan hak Sarawak berhubung isu penerokaan minyak oleh Petronas,” tegasnya.

Justeru, katanya Pemuda PBB juga berharap agar seluruh rakyat Sarawak tanpa mengira ideologi politik berdiri teguh bersama pucuk kepimpinan negeri dalam mempertaha­nkan hak Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia