Utusan Borneo (Sarawak)

Meninggalk­an BN, bentuk GPS ibarat tukar pakaian baharu sahaja

-

KUCHING: Keputusan meninggalk­an Barisan Nasional (BN) dan membentuk Gabungan Parti Sarawak (GPS) adalah ibarat perubahan menukar pakaian baharu sahaja.

Ahli Parlimen Bandar Kuching Dr Kelvin Yii berkata, langkah empat parti komponen negeri meninggalk­an BN hanya perubahan biasa sahaja tetapi masih lingkungan yang sama.

“Penolakan BN oleh rakyat pada pilihan raya lepas bukan disebabkan ‘nama’ tetapi disebabkan terpalit isu rasuah dan penyalahgu­naan kuasa oleh orang di dalamnya.

“Faktanya di sini adalah individu dalam parti tempatan secara langsung terpalit dengan isu mencuri kekayaan dan pendapatan negeri kita,” katanya dipetik melalui laman Facebook beliau, di sini, semalam.

Dr Yii berkata demikian mengulas mengenai pengumuman empat parti komponen iaitu Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Ber- satu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Progresif Demokratik (PDP) keluar daripada BN oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg selepas mesyuarat terakhir Majlis Tertinggi BN Sarawak di sini, semalam.

Beliau berkata, sekiranya mereka berprinsip mahu menjauhkan diri daripada rasuah yang sering dikaitkan dengan BN, mereka sepatutnya melakukan ia sebelum pilihan raya dan bukannya selepas BN kalah.

Beliau mempersoal­kan: “Adakah mereka akan melakukan perkara yang sama jika Najib ( bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak) dan BN memenangi pilihan raya?”

Sehubungan itu kata Dr Yii, ini jelas menunjukka­n ia adalah semata-mata untuk kepentinga­n sendiri dan kelangsung­an hidup politik tetapi bukan sebenarnya untuk rakyat Sarawak.

“Orang yang sama hanya pakaian yang berbeza,” tegasnya.

 ??  ?? DR KELVIN
DR KELVIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia