Utusan Borneo (Sarawak)

Kanak-kanak lelaki maut selepas jet ski dinaiki bertembung dengan ibunya

-

GEORGE TOWN: Seorang kanak-kanak lelaki maut selepas jet ski yang dinaikinya bersama seorang lelaki yang juga pengendali jet ski berkenaan bertembung dengan sebuah lagi jet ski di pantai Batu Ferringhi, belakang Hotel Hard Rock, dekat sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Anuar Omar berkata dalam kejadian kirakira jam 7.30 petang itu, Jordan Phang Wen Jie, 9, yang berasal dari Petaling Jaya, Selangor, maut selepas terjatuh ke dalam laut akibat perlanggar­an berkenaan.

“Mangsa bersama keluargany­a baharu saja mendaftar masuk ke sebuah hotel di Batu Ferringhi tengah hari semalam (kelmarin) untuk bercuti selama tiga hari di sini.

“Selepas itu, keluarga mangsa menyewa dua buah jet ski dari sebuah pengendali sukan air yang terletak di belakang hotel tempat mereka menginap untuk beriadah,” katanya di sini semalam.

Beliau berkata, ibu mangsa memandu jet ski pertama ber- seorangan manakala mangsa menaiki jet ski kedua yang dipandu oleh seorang lelaki yang juga pengendali sukan air di situ.

Anuar berkata jet ski yang dipandu lelaki itu tiba-tiba hilang kawalan berikutan angin kuat sehingga menyebabka­n ia meluncur laju sebelum melanggar dan bergesel dengan jet ski yang dipandu ibu mangsa.

Beliau berkata akibat perlanggar­an itu mangsa terjatuh ke dalam air dan sempat diberi bantuan kecemasan selepas diselamatk­an oleh pengendali sukan air berkenaan.

“Bagaimanap­un, pasukan paramedik yang tiba di tempat kejadian mengesahka­n mangsa sudah meninggal dunia dan mayatnya dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat. Mangsa maut akibat kecederaan di tulang belakang,” katanya.

Katanya ibu mangsa dan pengendali jet ski itu tidak mengalami sebarang kecederaan selain semua mereka memakai jaket keselamata­n semasa kejadian. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia