Utusan Borneo (Sarawak)

DAP Sarawak berikrar sumbang RM51,000 kepada Tabung Harapan Malaysia

-

KUCHING: Wakil rakyat Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak berikrar untuk menyumbang RM51,000 kepada Tabung Harapan Malaysia.

Perkara itu diumumkan Pengerusin­ya Chong Chieng Jen pada sidang media di Ibu Pejabat DAP Sarawak di sini kelmarin.

“Kami mengambil keputusan, semua kami akan menyumbang kepada Tabung Harapan Malaysia dengan setiap Ahli Parlimen akan menyumbang sekurangku­rangnya RM5,000 manakala ADUN sekurang-kurangnya RM3,000,” ujarnya.

Ketika ini terdapat enam Ahli Parlimen dan tujuh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Sarawak.

Chong sendiri akan menyumbang RM8,000 memandangk­an beliau merupakan Ahli Parlimen Stampin dan ADUN Kota Sentosa.

“Kami juga sangat kagum bahawa ramai orang telah menunjukka­n bahawa mereka telah menyumbang kepada Tabung Harapan Malaysia.

“Ini adalah perubahan yang sangat positif sejak pembentuka­n kerajaan Pakatan Harapan (PH) baharu dan kami mengu- capkan terima kasih atas sumbangan mereka,” katanya.

Kementeria­n Kewangan mengumumka­n pada laman webnya bahawa Tabung Harapan Malaysia telah mengutip lebih daripada RM56 juta pada hari Isnin (11 Jun).

Dana yang diuruskan oleh kementeria­n itu ditubuhkan oleh kerajaan untuk menyediaka­n saluran bagi orang ramai memberi sokongan kepada kerajaan selepas hutang negara mencapai RM1 trilion.

Hadir sama Ahli Parlimen Bandar Kuching Dr Kelvin Yii dan ADUN Pending Violet Yong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia