Utusan Borneo (Sarawak)

PBT diminta ambil tindakan tegas pengusaha PHK salah guna lesen

-

ALOR SETAR: Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) diminta lebih tegas mengambil tindakan terhadap pengusaha Pusat Hiburan Keluarga ( PHK) berlesen sekiranya mereka dikesan menyalahgu­nakan lesen itu dengan melakukan aktiviti perjudian haram.

Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Mohd Rozi Jidin berkata tindakan dengan cara membatalka­n lesen itu wajar dilakukan PBT untuk memastikan mereka tidak lagi beroperasi dan berselindu­ng di sebalik lesen PHK.

“Saya cadangkan batalkan sahaja lesen mereka kerana mereka tidak serik dan tetap menjalanka­n aktiviti (perjudian) itu dalam premis yang sama...ada lesen PHK tetapi ada mesin judi dalam premis mereka,” katanya kepada Bernama semalam.

Sepasukan anggota Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar dan dua petugas Tenaga Nasional Berhad (TNB), semalam mengadakan operasi pemotongan elektrik terhadap enam premis perjudian di daerah ini.

Mohd Rozi berkata pemotongan bekalan elektrik itu susulan penahanan beberapa pemilik premis perjudian dan pengunjung berusia 20 hingga 67 tahun dalam operasi dilakukan polis sebelum ini, mengikut Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

“Ada juga mereka ini melakukan kegiatan itu secara bergerak dan apabila kehabisan duit mereka akan ke premis tersebut untuk tambah nilai pertaruhan dan menebus kemenangan jika berjaya. Sebab itu, jika mereka masih melakukan jenayah yang sama, batalkan saja lesen mereka,” katanya.

Mohd Rozi berkata polis akan terus memantau serta membuat risikan berkaitan aktiviti perjudian itu dalam usaha membantera­s kegiatan berkenaan yang dilihat boleh merosakkan masa depan generasi muda terutama pelajar sekolah. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? AKTIVITI HARAM: Pegawai Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, Inspektor Darvleen Singh (kanan) dan Juruteknik Tenaga Nasional Berhad (TNB) Alor Setar, Mohd Aminuddin Hasan menunjukka­n meter digital...
— Gambar Bernama AKTIVITI HARAM: Pegawai Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, Inspektor Darvleen Singh (kanan) dan Juruteknik Tenaga Nasional Berhad (TNB) Alor Setar, Mohd Aminuddin Hasan menunjukka­n meter digital...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia