Utusan Borneo (Sarawak)

Atlet perlu usaha lepasi had kelayakan secara merit ke Sukan Asia

-

KUALA LUMPUR: Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) Datuk Karim Ibrahim menegaskan atlet-atlet sendiri perlu berusaha melayakkan diri secara merit ke Sukan Asia Jakarta-Palembang yang akan berlangsun­g dari 18 Ogos hingga 2 September ini.

Beliau berkata bukan hanya menjadi tanggungja­wab KOM dan Majlis Sukan Negara (MSN) untuk mendapatka­n slot kepada atlet, termasuk bagi Raja Pecut Sukan SEA, Khairul Hafiz Jantan ke temasya berkenaan, malah atlet sendiri harus bekerja keras bagi memperbaik­i prestasi masing-masing untuk mengesahka­n tempat itu.

“Kita tidak mahu meminggirk­an mana-mana atlet, tetapi mahu membawa atlet yang benar-benar nak harumkan nama negara di Sukan Asia. Sekiranya atlet tidak layak selepas menunjukka­n prestasi yang baik dan kesungguha­n, kita akan cuba rayu kepada Majlis Olimpik Malaysia (MOM).

“Seperti kuartet 4x100m lelaki, kita akan rayu kepada MOM kerana mereka beraksi bersungguh-sungguh di Sukan Komanwel, Gold Coast dan kami yakin mereka akan buat sesuatu untuk memecah rekod Malaysia atau cipta sejarah dengan catat masa bawah 39 saat,” katanya.

Sehingga kini, hanya tujuh atlet olahraga negara layak secara merit (Kategori A) iaitu Muhammad Hakimi Ismail (lompat kijang), Muhd Irfan Shamsuddin (lempar cakera), Nauraj Singh Randhawa, Lee Hup Wei (kedua-duanya lompat tinggi), Luqman Hakim Ramlan (lompat jauh), Zaidatul Husniah Zulkifli (100m) dan Norliyana Kamaruddin (heptathlon).

Sementara itu, Ketua Jurulatih Olahraga Kebangsaan, Za-

Kita tidak mahu meminggirk­an mana-mana atlet, tetapi mahu membawa atlet yang benar-benar nak harumkan nama negara di Sukan Asia. Datuk Karim Ibrahim Presiden KOM

inal Abas menegaskan bahawa Khairul Hafiz perlu mengatasi catatan masa tempat keempat Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan iaitu 10.18s sekiranya mahu layak dalam Kategori A.

Ini kerana MOM baru-baru ini membuat keputusan untuk menetapkan taraf kelayakan bagi Kategori A kepada ranking atau kelompok empat terbaik Asia, berbanding kelompok enam terbaik.

Hanya atlet yang tersenarai dalam Kategori A akan ditanggung perbelanja­an oleh MOM, manakala perbelanja­an bagi Kategori B perlu ditanggung sendiri, tetapi boleh dituntut balik jika berjaya meraih pingat.

“Khairul Hafiz perlu catat masa lebih pantas dari 10.18s, tapi catatan terbaik beliau bagi musim ini ialah 10.34s (di Kejohanan Olahraga All Comers FTKLAA pada Mac). Jadi peluang terbaik adalah dengan meraih kelayakan untuk kuartet 4x100m.

“Apabila pasukan sudah berada di sana, kita boleh turunkan dua pelari pecut untuk acara individu. Mungkin kita boleh beri peluang kepada Khairul Hafiz dan Jonathan Nyepa untuk acara individu, tetapi untuk layak secara individu berbeza, kerana mereka perlu atasi 10.18s,” katanya.

Khairul Hafiz yang pernah memecahkan rekod kebangsaan dengan catatan 10.18s di Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak 2016, tidak dapat mengulangi kepantasan itu dalam beberapa kejohanan selepas itu.

Zainal berkata pihaknya juga sudah mengemukak­an dua opsyen kepada MSN mengenai perancanga­n untuk melayakkan pasukan 4x100m lelaki iaitu sama ada mengikuti program latihan dan siri pertanding­an di Eropah atau program latihan di tanah air dan beberapa kejohanan tempatan dan Asia Tenggara.

Beliau turut yakin pelari 110m lari berpagar negara, Rayzam Shah Wan Sofian, yang kini mengikuti program latihan di Jerman, mampu layak ke Sukan Asia secara merit.

“Saya yakin kerana beliau hanya ketinggala­n 0.01s untuk catatan masa tempat keempat iaitu 13.66s,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TUNTUT KESUNGGUHA­N: Karim (kanan) pada sidang media ketika Majlis Berbuka Puasa Bersama Media di sebuah restoran Arab di ibu negara kelmarin. Turut hadir Ketua Jurulatih Olahraga Malaysia Zainal Abas (kiri).
— Gambar Bernama TUNTUT KESUNGGUHA­N: Karim (kanan) pada sidang media ketika Majlis Berbuka Puasa Bersama Media di sebuah restoran Arab di ibu negara kelmarin. Turut hadir Ketua Jurulatih Olahraga Malaysia Zainal Abas (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia