Utusan Borneo (Sarawak)

Perak akan perhebat pelaburan dalam sektor teknologi tinggi

-

IPOH: Kerajaan negeri Perak di bawah pimpinan Pakatan Harapan akan memperheba­tkan pelaburan dalam sektor industri berteknolo­gi tinggi bagi meningkatk­an tenaga kerja mahir selain memberi hasil yang baik kepada pelabur dan negeri.

Pengerusi Jawatankua­sa Pelaburan dan Pembanguna­n Koridor negeri Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata selepas memegang porfolio tersebut beliau menerima kunjungan pelabur tempatan dan asing yang menyatakan minat menanam modal dalam industri itu.

“Hasil analisis mendapati industri tersebut belum dilaksanak­an sepenuhnya di Asia, jadi kita mahu Perak merebut peluang ini,” katanya ketika ditemui Bernama, baru-baru ini.

Bagaimanap­un katanya, pelaburan yang ditawarkan perlu memenuhi kriteria dikehendak­i kerajaan negeri termasuk boleh menambah hasil kerajaan serta meningkatk­an peluang pekerjaan khusus untuk generasi muda.

Menurutnya, terdapat juga pelabur yang berminat melabur dalam industri pelanconga­n dan kesihatan, namun kerajaan negeri akan mengambil kira industri yang menjurus kepada kepakaran serta pengalaman dimiliki generasi muda di negeri ini.

Dalam pada itu, Mohammad Nizar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Rapat berkata kerajaan negeri menyasarka­n untuk menarik pelaburan berjumlah RM9 bilion pada 2019.

“Sasaran pelaburan untuk tahun ini ialah RM3 bilion, jadi tidak mustahil apabila kita sasarkan pelaburan sebanyak RM9 bilion pada 2019 kerana minat pelabur untuk melabur di Perak dilihat meningkat,” katanya.

Beliau juga menegaskan, pihaknya akan berusaha untuk mempercepa­tkan proses permohonan pelaburan bagi mengelak pelabur menunggu lama sehingga mereka beralih ke ke negara lain.

“Apabila satu pelaburan di proses dengan cepat, berita baik itu akan tersebar dan peluang Perak untuk menerima pelaburan sangat luas apabila ramai pelabur berminat untuk melabur di sini,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia