Utusan Borneo (Sarawak)

Buat kejutan kerana sebelum ini beliau menyatakan hanya akan bertanding jawatan Naib Presiden

-

KUALA LUMPUR: Menjelang saat akhir penutupan pencalonan pemilihan UMNO petang semalam, Ketua Pergerakan Pemuda parti itu Khairy Jamaluddin melakukan kejutan dengan menawarkan diri bertanding jawatan Presiden.

Khairy membuat pengumuman itu menerusi laman Instagram beliau semalam dengan memuat naik borang pencalonan­nya bagi merebut jawatan nombor satu dalam parti itu.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Rembau itu menyatakan hanya akan bertanding jawatan Naib Presiden. “Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.

Bismillahi­rrahmanirr­ahim,” katanya pada ket- erangan gambar berkenaan. Setakat ini selain Khairy, Naib Presiden UMNO yang menjalanka­n tugas Presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan veteran parti Tengku Razaleigh Hamzah mengumumka­n akan bertanding jawatan Presiden.

Selain itu, blogger Rahmat Azim Abdul Aziz turut menyatakan hasrat sama dan sudah mengemukak­an borang pencalonan. Pencalonan bagi pemilihan UMNO yang dijadual berlangsun­g 30 Jun nanti ditutup pada jam 5 petang semalam.

Dalam catatan di laman Facebookny­a, Khairy menjelaska­n keputusan bertanding jawatan Presiden itu tidak mudah dibuat, namun ia diambil setelah memikirkan masa depan dan survival UMNO.

“Saya mengambil keputusan bertanding jawatan Presiden UMNO kerana mahu anggota parti mempunyai pilihan tentang ke arah mana UMNO perlu dikemudi,” katanya.

UMNO, tegasnya, mesti mengembali­kan semangat keterbukaa­n dalam segala aspek - terbuka untuk bertanding, terbuka untuk menegur dan mengkritik pemimpin tanpa dipecat, terbuka untuk menerima anggota baharu tanpa sekatan dan terbuka untuk perwakilan menentukan siapa yang akan menerajui UMNO dan bebas daripada cengkaman ‘warlord’ – pemimpin dalam parti yang ingin terus kekal berkuasa.

Katanya, walau apapun keputusan pemilihan itu kelak, kesetiaann­ya kepada UMNO tidak berbelah bagi dan akan menyokong siapa sahaja yang dipilih menjadi Presiden baharu parti berkenaan.

Khairy berkata yang penting, pemilihan itu perlu berjalan dalam semangat kekeluarga­an UMNO agar ia dapat menjadikan parti lebih kuat untuk mengharung­i cabaran mendatang. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? RAIKAN: Madius pada majlis ‘Pesta Moginakan’ (pesata keramaian) di Kampung Tibabar, Kiulu, semalam.
— Gambar Bernama RAIKAN: Madius pada majlis ‘Pesta Moginakan’ (pesata keramaian) di Kampung Tibabar, Kiulu, semalam.
 ??  ?? KHAIRY
KHAIRY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia