Utusan Borneo (Sarawak)

TITE MULAI MERASAI TEKANAN

Brazil perlu beri jaminan mengenai teg selaku pasukan pilihan kejuaraan

-

ROSTOV- ON- DON: Jurulatih Tite rasa gemuruh pada malam pertama apabila kempen Brazil bagi memenangi Piala Dunia keenam bermula dengan goyah selepas Switzerlan­d berjaya menangkis serangan bertubitub­i pada awal perlawanan untuk mencatatka­n keputusan seri 1-1 di Rostov-on-Don kelmarin.

Pada hari juara bertahan Jerman dikejutkan 1-0 oleh Mexico, teg Brazil sebagai pasukan pilihan sebelum kejohanan kelihatan wajar pada separuh masa pertama yang dominan dengan jaringan pembukaan cantik yang dibuat oleh Philippe Coutinho. Bagaimanap­un Brazil menanggung akibatnya apabila mereka tidak dapat menjaringk­an gol selanjutny­a untuk memastikan kemenangan apabila Steven Zuber merembat masuk gol penyamaan daripada tendangan sudut Xherdan Shaqiri lima minit selepas babak kedua bermula. Tekanan kini adalah ke atas Brazil untuk melancarka­n kempen mereka apabila mereka menentang Costa Rica pada Jumaat ini. Keputusan seri itu tidak menggembir­akan Tite. “Saya tidak gembira dengan keputusan ini. Penyudah kami tidak bagus. Kami ada 20 peluang, tetapi terlalu banyak rembatan tersasar. Kami sepatutnya membuat penjaga gol mereka bekerja dengan lebih gigih lagi daripada itu.

“Saya berpendapa­t ia adalah kerana tekanan, rasa gemuruh pada perlawanan pertama, itu juga benar bagi saya,” kata pengurus Brazil itu.

Dia menambah: “Sebelum gol mereka, saya berpuas hati. Kami bergerak dengan baik. Kemudian mereka memperting­katkan permainan mereka, dan kami mengambil masa 10 minit untuk mengembali­kan rentak kami. Tetapi sekali lagi, penyudah kami tidak bagus.”

Pengurus Switzerlan­d Vladimir Petkovic sudah tentulah mempunyai penilaian yang lebih positif mengenai perlawanan itu.

“Saya bangga dengan pemain saya. Saya harap ini bermakna kami akan dipandang serius,” katanya.

Terdahulu Serbi a menewaskan Los Ticos 1-0 untuk menduduki tempat teratas dalam Kumpulan F. Coutinho telah diberi peranan tengah di belakang Neymar, yang bermain dalam perlawanan kompetitif­nya yang pertama sejak empat bulan lalu, Gabriel Jesus dan Willian dalam barisan pemain yang penuh dengan niat untuk melancarka­n serangan.

Juara dunia sebanyak lima kali itu menjalanka­n tugasan mereka dengan matlamat untuk memadamkan ingatan kepada kekalahan 7-1 di tangan Jerman di bumi sendiri empat tahun lalu pada peringkat awal perlawanan.

Paulinho mensia- siakan peluang keemasan apabila cubaannya yang tidak kemas dari jarak dekat ditolak ke belakang oleh Yann Sommer.

Ia seakan-akan menunggu masa sahaja sebelum tekanan Brazil membuahkan hasil dan jaringan pembukaan tiba dengan gaya yang menakjubka­n pada minit ke-20.

Switzerlan­d langsung tidak memberi ancaman dalam serangan sebelum menyamakan kedudukan apabila Zuber mengambil kesempatan ke atas lubang besar di tengah pertahanan Brazil untuk menanduk masuk bola daripada tendangan sudut Shaqiri.

Saya berpendapa­t ia adalah kerana tekanan, rasa gemuruh pada perlawanan pertama, itu juga benar bagi saya. Tite Jurulataih Brazil

 ??  ??
 ??  ?? TITE
TITE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia