Utusan Borneo (Sarawak)

Peluang UMNO bertapak di Sarawak tipis: Penganalis­is

-

KUCHING: UMNO boleh sahaja mengembang­kan sayapnya ke Sarawak tetapi belum pasti parti dari Semenanjun­g itu akan diterima oleh rakyat Sarawak, kata seorang penganalis­is politik.

Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi, Pensyarah Kanan, Universiti Malaya berkata kewujudan UMNO di Sarawak ditolak ketika zaman pemerintah­an bekas Ketua Menteri Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, Pehin Sri Adenan Satem dan kini Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Malah, katanya sudah ada ‘gentleman agreement’ antara era Taib dan Tun Dr Mahathir Mohamad yang tidak membenarka­n UMNO bertapak di Sarawak.

Katanya, ketika itu ramai pengundi luar bandar tidak dapat memisahkan sokongan terhadap Barisan Nasional (BN) kerana yang disokong mereka bukan parti, tetapi lebih kepada logo BN.

Bagaimanap­un katanya, landskap politik sudah berubah selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) apabila Dr Mahathir sudah berada di pihak Pakatan Harapan, manakala Taib tidak lagi aktif dalam bidang politik.

“Jadi UMNO boleh mencuba nasib memperluas­kan pengaruh ke Sarawak bukan kerana kekuatan atas nama UMNO itu sendiri.

“UMNO mungkin disukai sesetengah Bumiputera Islam di Sarawak kerana mereka tahu UMNO tidak bersalah tetapi pemimpin terdahulu yang mencemarka­n imej UMNO,” kata Awang Azman kepada Bernama.

Pada masa yang sama katanya, sebenarnya kekuatan UMNO terdapat pada penggunaan logo BN, logo yang dipercayai pengundi luar bandar di Sarawak.

Katanya, UMNO juga boleh meletakkan mana-mana parti tempatan baharu bertanding menggunaka­n logo BN jika tidak mahu UMNO bertapak di Sarawak.

“Ini dilakukan bagi mengajar empat bekas komponen BN yang mengkhiana­ti BN, namun tindakan ini mungkin berkubur jika BN dibubarkan dan digantikan logo lain.

“Begitu juga terdapat spekulasi UMNO mungkin diharamkan kerana isu tak mengikut peraturan Jabatan Pendaftara­n Pertubuhan ( ROS),” kata Awang Azman.

Jika ini berlaku, katanya maka harapan UMNO bertapak di Sarawak semakin gelap.

Apapun menurut Awang Azman, peluang UMNO bertapak di Sarawak adalah tipis dan beliau menyaranka­n penubuhan parti tempatan baharu tetapi mengguna logo BN untuk menewaskan musuh politik mereka termasuk empat parti yang telah keluar BN.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia