Utusan Borneo (Sarawak)

Miliki senjata di tempat awam, dua beradik direman lanjut

-

MIRI: Dua beradik yang ditangkap di sebuah pusat hiburan kerana disyaki memiliki senjata berbahaya ketika berada di tempat awam diperintah­kan Mahkamah Majistret pagi semalam supaya direman lanjut tiga hari.

Menurut keterangan penolong pegawai penyiasat Sarjan Chiu Ann Yan, memandangk­an siasatan lanjut polis masih belum dapat disiapkan, justeru memohon reman lanjut tiga hari ke atas kedua-dua suspek mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

Pendaftar Mahkamah Rendah Brian Bryan Mason yang mendengar kes itu membenarka­n permohonan tersebut dan memerintah­kan keduadua suspek direman dua hari sehingga 20 Jun ini.

Dalam permohonan reman terdahulu, Chiu memberi- tahu sekitar jam 1.25 pagi, 15 Jun lalu, sepasukan anggota polis telah membuat pemeriksaa­n di sebuah pusat hiburan di Pusat Komersial Pelita di sini.

Pada pemeriksaa­n itu, pihak polis telah menahan dua lelaki di dalam sebuah bilik di pusat hiburan berkenaan untuk tujuan pemeriksaa­n.

Semasa pemeriksaa­n badan dilakukan, polis menjumpai sebilah pisau masing-masing pada pemilikan dua lelaki terbabit yang merupakan adik-beradik.

Dua bilah senjata tajam sepanjang 20 sentimeter (sm) dan 15sm itu kemudian dirampas, manakala keduadua suspek yang berusia 21 dan 24 tahun ditangkap serta dibawa ke Balai Polis Pusat Miri untuk disoal siasat lanjut mengikut Seksyen 6 Akta Bahan Letupan, Kakisan dan Senjata Berbahaya 1952.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia