Utusan Borneo (Sarawak)

Ambil iktibar daripada PRU14 untuk terus bersatu: Masing

-

KUCHING: Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Tan Sri Datuk Amar James Masing berharap semua parti dalam Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan mengambil iktibar daripada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lepas dan menyedari tentang kepentinga­n untuk terus bersatu.

Menurut beliau, semasa PRU14, parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) tidak bersatu padu, malah ada ahli dari pelbagai parti komponen yang cuba mensabotaj satu sama lain.

Baginya, tindakan sedemikian oleh ahli parti komponen BN dalam perikatan yang sama tidak harus berlaku kerana mereka dijangka sama-sama berjuang sebagai satu pasukan.

Beliau juga berkata, memandangk­an BN mengalami kekalahan besar pada PRU14, ia seharusnya dijadikan seruan untuk sedar diri bagi ahli empat parti politik yang membentuk GPS.

“Kita harap perkara ini tidak akan berlaku lagi pada masa depan. Kita mesti fokus kepada usaha untuk menewaskan lawan kita dan bukannya menewaskan anggota dalam pasukan kita sendiri,” katanya pada satu majlis makan malam kesyukuran yang dianjurkan oleh PRS di sebuah restoran tempatan, kelmarin.

Masing yang juga Timbalan Ketua Menteri berkata, semua ahli parti komponen GPS seharusnya ikhlas membantu parti komponen lain, terutamany­a sewaktu pilihan raya.

Sementara itu, pada majlis makan malam tersebut, Masing menerima 1,200 borang keahlian baharu dari 10 bahagian parti itu di seluruh negeri.

Menurutnya, pendaftara­n ahli baharu menunjukka­n bahawa parti itu masih relevan bagi rakyat Sarawak, terutamany­a masyarakat Dayak.

“Kita mesti berusaha gigih untuk menambat hati rakyat. Apa yang penting ialah kita terus memperjuan­gkan hak rakyat Sarawak,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia