Utusan Borneo (Sarawak)

Tiada siapa dapat menghalang penubuhan SEDAR

Jawatankua­sa protem tetap akan bermesyuar­at hari ini meskipun venue belum dapat dipastikan

-

KUCHING: Pengasas Parti Sedar Rakyat Sarawak (SEDAR) Dato’ Othman Abdillah berkata, tiada siapa dapat menghalang penubuhan parti itu di Sarawak.

Beliau berkata, jawatankua­sa protem SEDAR tetap akan bermesyuar­at hari ini meskipun venue mesyuarat belum dapat dipastikan.

Katanya, ia berikutan tindakan pemilik hotel yang ditempah sebagai lokasi mesyuarat itu membatalka­n tempahan mereka.

Tiada apa boleh menghalang kami. Ramai orang sudah ‘sedar’ dan sebab itulah kami mendapat maklum balas yang sangat memberangs­angkan. Dato’ Othman Abdillah Pengasas SEDAR

Othman memberitah­u, mereka hanya memerlukan tujuh orang untuk mewujudkan jawatankua­sa protem tetapi respons yang diterima sangat memberangs­angkan.

“Saya telah menerima panggilan telefon dari Marudi, Sibu dan Miri memohon untuk menyertai kami,” katanya.

Tambahnya, mesyuarat jawatankua­sa protem parti itu sudah diviral, menyebabka­n ada pihak berkuasa mendapatka­n penjelasan daripadany­a berhubung perkara itu.

“Polis ada menghubung­i saya, bertanyaka­n mengenai mesyuarat itu,” ujarnya.

Othman memberitah­u, beliau tidak dapat memaklumka­n lokasi sebenar mesyuarat itu akan diadakan ketika berita ini ditulis, bagaimanap­un berjanji akan memaklumka­n kepada wakil media 30 minit sebelum ia bermula.

“Tiada apa boleh menghalang kami. Ramai orang sudah ‘sedar’ dan sebab itulah kami mendapat maklum balas yang sangat memberangs­angkan,” tegasnya.

 ??  ?? OTHMAN
OTHMAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia