Utusan Borneo (Sarawak)

KGBS akan kemuka pelbagai isu pada pertemuan dengan pegawai KPM

-

KUCHING: Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak (KGBS) akan mengemukak­an pelbagai isu pada pertemuan dengan pegawai Kementeria­n Pendidikan Malaysia ( KPM) yang dijadualka­n Julai depan untuk memohon pertambaha­n peruntukan pengurusan pendidikan bagi Sarawak.

Presidenny­a Ahmad Malie berkata, peruntukka­n pengurusan pendidikan itu perlu ditambah ekoran beberapa faktor.

“Kali ini, kita mohon semoga peruntukan itu dinaikkan berbanding dahulu.

“Saban tahun, banyak kegiatan kokurikulu­m tidak dapat dijalankan dengan sempurna ekoran kekangan peruntukan sedia ada bagi guru membawa pelajar menjalanka­n kegiatan di luar sekolah.

“Sarawak juga masih lagi berkuranga­n guru terutama bagi mata pelajaran kritikal seperti Agama Islam, Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris,” katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri di kediamanny­a di sini, semalam.

Ahmad berkata, KGBS juga akan menggesa penempatan guru lepasan IPG dipercepat­kan ke sekolah-sekolah yang memerlukan di seluruh negara.

Beliau juga mahu guru akademik diberi peluang untuk mengikuti kursuskurs­us sebagai laluan untuk dinaikkan pangkat kepada guru besar atau pengetua.

Isu berbangkit yang lain tambahnya, ialah mencapai sasaran nisbah dua guru untuk satu kelas di seluruh Sarawak.

Dalam perkembang­an lain, Ahmad bersetuju dengan tindakan Menteri Pendidikan yang memberi peruntukan terus kepada Jabatan Pelajaran Negeri ( JPN) bagi menguruska­n pembelian bahan api untuk 369 sekolah luar bandar dan pedalaman Sarawak yang terjejas.

“KGBS mengalu- alukan tindakan Menteri Pendidikan yang melihat isu pengedaran minyak diesel ke sekolahsek­olah yang sepatutnya menerima (bekalan), tetapi malangnya penghantar­an diesel yang agak perlahan sehingga menyebabka­n masalah bagi sekolah tertentu untuk beroperasi dengan efisien.

“Contohnya, bagaimana murid-murid asrama hendak belajar malam, untuk pembelajar­an harian dan sebagainya kerana mereka bergantung sepenuhnya kepada genset. Mungkin juga pihak kontraktor mengalami masalah perhubunga­n bagi menghantar bahan api menyebabka­n kelewatan.

“Tetapi, tindakan penghantar­an dan pengedaran diesel ke sekolah-sekolah ini dengan segera amat perlu dan ia merupakan salah satu tindakan yang amat kita sokong lagipun peruntukan baharu itu disalurkan melalui JPN,” tegasnya.

Pihak JPN katanya, secara langsung menguruska­n pengedaran minyak diesel terbabit, juster diharap kaedah itu adalah lebih baik dan telus berbanding sebelum ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia