Utusan Borneo (Sarawak)

Rakyat diyakini tidak akan terima kemasukan UMNO dengan mudah

-

KUCHING: Timbalan Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu ( PBB), Fazzrudin Abdul Rahman yakin rakyat Sarawak tidak akan menerima kemasukan UMNO dengan mudah.

Fazzrudin yang juga ADUN Tupong berkata, seperti Parti Keadilan Rakyat ( PKR), UMNO juga parti berpangkal­an di Semenanjun­g Malaysia.

Justeru katanya, rakyat perlu diberi keyakinan terhadap perjuangan parti-parti Sarawak yang menerajui kepimpinan kerajaan sedia ada.

“Apa yang perlu ialah untuk kita memperjela­skan kepada rakyat akan perjuangan parti kita.

“Kita perlu yakinkan rakyat akan perjuangan kita supaya mereka dapat menilai untuk menyokong atau bersama dengan parti yang mana,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Rumah Terbuka Aidilfitri anjurannya di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di sini, semalam.

Tambah Fazzrudin, Sarawak mempunyai empat parti yang bergabung di bawah satu bumbung iaitu PBB, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP).

Gabungan empat parti ini di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan memfokuska­n kepada Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) untuk memastikan hak-hak rakyat dan Sarawak terjaga.

Selain itu katanya, gabungan ini juga akan memastikan pembanguna­n dilaksana berasaskan acuan Sarawak sendiri.

“Sudah tentu rakyat dapat menilai mana yang terbaik untuk memperjuan­gkan hak mereka.

“Dan saya yakin gabungan ini dapat memperjuan­gkan hak-hak rakyat Sarawak serta kekal relevan berbanding parti-parti lain dari Semenanjun­g Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung Kelab Veteran UMNO Datuk Mustapha Yaakub baru-baru ini berkata, UMNO kini boleh melebarkan sayapnya ke Sarawak susulan pembubaran Barisan Nasional (BN) Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia