Utusan Borneo (Sarawak)

Farley jemput kanak-kanak sertai peraduan mewarna 24 Jun

-

SIBU: Pasar Raya Farley akan menganjurk­an peraduan mewarna untuk kanak-kanak di premisnya di Jalan Salim di sini, pada 24 Jun ini, jam 8 pagi.

Menurut jurucakapn­ya, pihak penganjur menyasarka­n 1,000 kanak-kanak akan menyertai pertanding­an tersebut pada tahun ini.

“Ini merupakan acara tahunan Pasar Raya Farley dalam menyediaka­n aktiviti kami untuk kanak- kanak khususnya di Sibu ini.

“Tahun lepas, pertanding­an ini disertai kira-kira 700 peserta dan tahun ini kami menyasarka­n 1,000 peserta,” katanya di sini, semalam.

Menurut beliau, pertanding­an tersebut terbuka kepada semua kanak- kanak yang berumur lima tahun hingga 12 tahun.

“Dengan syarat, ibu bapa atau penjaga mereka membuat pembelian sebanyak RM30 ke atas untuk produk Dugro.

“Setiap resit pembelian hendaklah ditunjukka­n kepada kakitangan kami, baharulah borang penyertaan akan diberikan kepada mereka,” jelasnya sambil menambah bahawa Dugro adalah penaja utama.

Katanya, resit yang kabur tidak akan dilayan untuk ditukar dengan borang penyertaan.

“Resit ini hendaklah terang dan ia adalah bentuk pertukaran kita untuk mendapatka­n borang penyertaan,” tambahnya lagi.

Peraduan ini terbahagi kepada tiga kategori iaitu kategori Kumpulan A (Tahun 4-6), kategori Kumpulan B (Tahun 1-3) dan kategori Kumpulan C (Tadika berumur 5-6 tahun).

Semua peserta dikehendak­i membawa bahan- bahan pewarna mereka sendiri dan perlu melapor diri kepada pihak penganjur 30 minit sebelum pertanding­an bermula.

Pelbagai hadiah menarik disediakan kepada para pemenang.

Di samping itu, pihak penganjur turut menyediaka­n 10 hadiah saguhati dan 15 hadiah untuk mereka yang berpotensi sebagai hadiah peransang.

Dalam pada itu, pihak penganjur turut memberikan hadiah kepada semua peserta yang menyertai pertanding­an ini tidak kira kalah ataupun menang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia