Utusan Borneo (Sarawak)

Majlis makan malam NSJA pada 27 Jun ini

-

SARIKEI: Ahli Parlimen Sarikei Andrew Wong Ling Biu bersama komuniti Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarikei telah mengadakan kunjungan Hari Raya Aidilfitri ke rumah masyarakat setempat dekat sini, semalam.

Antara rumah yang telah dikunjungi Andrew dan rombongann­ya ialah rumah Timbalan Residen Bahagian Sarikei Abang Mohd Porkan, rumah Ketua Polis Daerah (KDP) Meradong DSP Sofian Abu Bakar serta beberapa penduduk setempat yang lain.

Dalam kunjungan tersebut, Andrew mengucapka­n terima kasih kepada semua yang telah menjemput dan mengalualu­kan kedatangan beliau bersama rombongann­ya ke rumah mereka.

Katanya, suasana seumpama ini mampu mengeratka­n lagi hubungan di antara semua pihak.

“Amalan kunjung mengunjung­i ini merupakan amalan yang baik dalam mengeratka­n perpaduan masyarakat kita yang pelbagai bangsa dan agama.

“Kita berharap amalan seumpama ini dapat diteruskan dan disemai kepada generasi muda untuk masa depan yang lebih baik dan terjamin kesejahter­aannya,” kata Andrew.

Turut mengiringi beliau ialah Setiausaha Ahli Parlimen Sarikei Rinda Alexander dan ahli-ahli komuniti DAP yang lain. MIRI: Persatuan Wartawan Sarawak Utara (NSJA) akan mengadakan majlis makan malam yang meraikan serentak Hari Gawai dan Hari Raya Aidilfitri, serta penyampaia­n hadiah insentif untuk anakanak ahli yang cemerlang dalam pendidikan, pada 27 Jun ini.

Majlis yang bakal diadakan di Hotel Mega itu dijangka dihadiri pemimpin serta wakil rakyat, kerajaan negeri dan pusat.

Pengerusi penganjur Michelle Choo berkata, Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) merangkap ADUN Ba’Kelalan Datuk Gerawat Gala antara yang telah mengesahka­n kehadiran pada majlis itu kelak.

Terdahulu, beliau dan presiden NSJA Andy Jong serta ahli jawatankua­sa penganjur yang lain, menyampaik­an surat jemputan kepada Gerawat, di sini, semalam.

Selain Gerawat kata beliau, jemputan turut diserahkan kepada Ahli Parlimen Miri Dr. Michael Teo, ADUN Pujut Dr Ting Tiong Choon, ADUN Telang Usan Dennis Ngau serta ADUN Piasau Datuk Sebastian Ting, yang turut mengesahka­n penyertaan mereka, di samping pengerusi PAS Miri Jofri Jaraie.

Sehubungan itu juga, Choo berharap semua ahli NSJA dapat menghadiri majlis itu yang bertemakan ‘ Malam Tradisiona­l Malaysia’ dengan semua ahli digalakkan memakai pakaian tradisiona­l serta baju batik.

Pelbagai acara akan di- adakan pada majlis makan malam itu kelak, termasuk cabutan tiket bertuah dan sesi karaoke.

“Sementara itu, kita juga ingin mengingatk­an ahliahli supaya menjelaska­n yuran masing-masing sebelum majlis berlangsun­g,” tambahnya.

 ??  ?? RAPATKAN HUBUNGAN: Andrew (empat kiri) bersama komuniti DAP yang lain mengadakan kunjungan Hari Raya Aidilfiri ke beberapa rumah Sarikei, semalam.
RAPATKAN HUBUNGAN: Andrew (empat kiri) bersama komuniti DAP yang lain mengadakan kunjungan Hari Raya Aidilfiri ke beberapa rumah Sarikei, semalam.
 ??  ?? SERTAI KAMI: Choo (dua kiri) menyerahka­n surat jemputan kepada Gerawat sambil disaksikan Andy (kiri) dan ahli jawatankua­sa penganjur yang lain.
SERTAI KAMI: Choo (dua kiri) menyerahka­n surat jemputan kepada Gerawat sambil disaksikan Andy (kiri) dan ahli jawatankua­sa penganjur yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia