Utusan Borneo (Sarawak)

Pemandu kenderaan dari Labuan terkejut jalan raya tidak berlampu

-

LABUAN: Pemandu kenderaan dari Labuan terkejut dengan ketiadaan lampu jalan seperti yang sepatutnya dipasang untuk keselamata­n pengguna di sebahagian jalan raya Ranau- Lahad DatuTawau.

Lopak yang terdapat di kebanyakan bahagian jalan raya itu menyebabka­n pemandu serta keluarga mereka terpaksa menyabung nyawa apabila lalu di tempat berkenaan.

Bercakap kepada Bernama baru-baru ini, Zulkiflie Salleh, 45, yang bekerja di Labuan dan pulang untuk berhari raya di Tawau berkata:

“Lopak yang terdapat di kebanyakan bahagian jalan raya itu memberi risiko kepada pemandu, terutama yang membuat perjalanan bersama-sama keluarga.

Keadaan jalan di daerah Telupid dari Beluran ke Lahad Datu sungguh teruk dan apa yang memburukka­n lagi keadaan ialah apabila pemandu kenderaan kecil perlu bersaing dengan trak besar serta bas, yang membawa muatan berat dan penumpang,” katanya.

Beliau juga bersungut tentang ketiadaan lampu isyarat kerana ia memberi masalah apabila memandu pada waktu malam, manakala garisan penanda di jalan raya pula tidak jelas hingga menimbulka­n kesukaran kepada pemandu untuk memastikan kenderaan masing- masing berada di lorong betul.

“Itulah hakikat menyedihka­n yang dialami setiap hari oleh beribu-ribu pengguna jalan raya di Sabah,” katanya.

Isterinya, Normala Sidik pula berkata: “Seseorang yang lalu di jalan raya ini untuk ‘balik kampung’ tahu betapa gelapnya keadaan, lebih-lebih lagi apabila tidak terdapat banyak kenderaan menggunaka­n jalan itu.”

Banyak pengguna menyuaraka­n sungutan mereka tentang sikap tidak mengambil kisah pemimpin tertentu dalam pentadbira­n kerajaan terdahulu tentang perkara itu.

Menurut statistik polis, jumlah kemalangan meningkat di jalan raya berkenaan, terutama pada musim sambutan Hari Raya.

Kemalangan terbaharu berlaku pada Hari Raya kedua melibatkan sebuah keluarga yang pulang daripada menyambut Aidilfitri di Beluran.

Dalam nahas itu, seorang wanita berusia 29 tahun maut, manakala lima yang lain, termasuk seorang kanak-kanak berusia enam tahun, cedera parah apabila kereta yang mereka naiki terbabas dan merempuh tembok konkrit longkang di KM11 Jalan Beluran. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia