Utusan Borneo (Sarawak)

Polis juga tahu beliau ada beriadah dengan bermain golf dan berjumpa kawan-kawan lama termasuk bekas MB Kedah

-

ALOR SETAR: Polis Kedah mengetahui yang Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta keluarga mereka bercuti di Langkawi, kata Ketua Polis Kedah Datuk Zainal Abidin Kasim.

Beliau berkata, pegawai keselamata­n turut bersama-sama dengan bekas perdana menteri itu dan keluargany­a dalam percutian berkenaan.

“Kita tahu beliau bercuti di Langkawi termasuk datang dengan keluarga beliau pun kita tahu. Kita juga dapat tahu beliau ada beriadah dengan bermain golf dan berjumpa kawan-kawan lama... orang UMNO termasuk bekas Menteri Besar Kedah (Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah).

“Saya ambil tahu semua ini, sebab saya kena tahu apa berlaku dalam kawasan (jagaan) saya (Kedah),” katanya ketika dihubungi Bernama semalam.

Zainal Abidin mengulas dakwaan yang tular dalam media sosial kononnya Najib dan Rosmah ingin melarikan diri melalui Langkawi ke Myanmar sebelum ke China dan seterusnya ke negara mentua anak perempuan mereka di Almaty, Kazakhstan setelah mereka dilihat membawa 30 beg.

Bekas perdana menteri itu, yang masih dalam siasatan pihak berkuasa berhubung skandal 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) dan beberapa kes berkaitan, dilarang ke luar negara sejak Barisan Nasional tewas dalam Pilihan Raya Umum pada 9 Mei lepas.

Sehubungan itu, Zainal Abidin meminta orang ramai menghentik­an spekulasi dan tuduhan melulu terhadap Najib dan Rosmah kerana penyebaran maklumat tidak tepat boleh mewujudkan suasana tegang dalam masyarakat.

Difahamkan, Najib dan isteri datang bersama-sama 13 anggota keluarga mereka untuk bercuti selama tiga hari di pulau berkenaan.

Ketua UMNO Bahagian Langkawi Datuk Ir Nawawi Ahmad ketika dihubungi Bernama malam kelmarin berkata, Najib dan keluarga tiba di Lapangan Terbang Antarabang­sa Langkawi kira-kira jam 8 malam kelmarin dan Nawawi bersama kepimpinan UMNO bahagian itu turut menyambut bekas perdana menteri itu di lapangan terbang berkenaan. — Bernama

Kita tahu beliau bercuti di Langkawi termasuk datang dengan keluarga beliau pun kita tahu. Kita juga dapat tahu beliau ada beriadah dengan bermain golf dan berjumpa kawan-kawan lama... orang UMNO termasuk bekas Menteri Besar Kedah (Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah).” Datuk Zainal Abidin Kasim Ketua Polis Kedah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia