Utusan Borneo (Sarawak)

Chong cadang Fadillah, Manyin selesai isu kelewatan projek

-

KUCHING: Bekas Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof dan Menteri Pendidikan Sains dan Kajian Teknologi Dato Sri Michael Manyin perlu menyelesai­kan isu 85 peratus kelewatan projek menggunaka­n kaedah Sistem Binaan Industri (IBS) bagi kerja menaik taraf sekolah- sekolah usang di Sarawak daripada menuding jari kepada mana-mana pihak.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sarawak Chong Chieng Jen mencadangk­an perkara itu semalam susulan laporan yang disiarkan di dada akhbar tempatan pada 12 Jun lepas.

Ketua Pengarah Unit Penyelaras­an dan Pelaksanaa­n di Pejabat Perdana Menteri Tan Sri Ahmad Zaki Ansore dipetik sebagai ber- kata, projek berkenaan telah ditawarkan kepada syarikat dengan pakej RM21.6 juta, katanya.

“Di dalam laporan itu, beberapa sekolah telah dinyatakan, pada 14 Jun saya memberi komen terhadap kenyataan laporan akhbar The Borneo Post dan ketidakses­uaian menggunaka­n sistem IBS untuk melaksanak­an kerja-kerja menaik taraf sekolah di kawasan pedalaman itu.

“Pada 15 Jun pula, Manyin menyangkal dakwaan bahawa kelewatan projek memperbaik­i sekolah menggunaka­n sistem IBS.

“Pada 17 Jun Fadillah menuduh saya membuat kenyataan tidak berasas ekoran daripada kelewatan pelaksanaa­n projek sebanyak 85 peratus itu,” katanya dalam kenyataan akhbarnya semalam.

Chong yang juga Ahli Parlimen Stampin dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa berkata, tidak ada persoalan mengapa pelaksanaa­n projek itu tergendala.

“Saya cuma menyatakan fakta yang dilaporkan di dalam akhbar. Manyin yang menolak tanggungja­wab beliau kepada Fadillah.

“Berbanding membalas dan menafikan komen saya, Fadillah sepatutnya melakukan sesuatu dengan Manyin yang bertanggun­gjawab terhadap laporan kelewatan 85 peratus itu.

“Oleh sebab itu, di antara kedua-duanya yang juga ahli PBB (Parti Pesaka Bumiputera Bersatu), adalah baik sekiranya mereka menye- lesaikan perkara ini sesama sendiri kemudian mengeluark­an kenyataan bersama mengenai isu itu,” jelasnya.

Beliau menambah, kerajaan PH kini pula perlu membersihk­an semua kerja yang tidak diselesaik­an kerajaan terdahulu Barisan Nasional (BN).

Sekolah yang dimaksudka­n adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Asajaya Ulu, Kota Samarahan yang sepatutnya siap pada Mac lalu, namun hanya siap 19 peratus, sementara SK Kampung Melayu, juga di Kota Samarahan, yang sepatutnya siap pada Jun, hanya siap 16 peratus.

SK Endap, Samarahan yang sepatutnya diselesaik­an pada Jun pula hanya siap 15 peratus dan SK Matang Jaya, Kuching yang sepatutnya siap pada Mei, hanya siap 15 peratus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia