Utusan Borneo (Sarawak)

Pengalaman ‘kampung’ untuk rakyat Malaysia beraya di India

-

NEW DELHI: Bagi 30 rakyat Malaysia yang berada di India untuk melancong, perasaan sedih serta rindukan kampung halaman mula terasa menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Namun perasaan sedih dan rindu itu terubat juga apabila mereka menerima undangan untuk menyambut hari pertama lebaran Sabtu lepas di Suruhanjay­a Tinggi Malaysia di New Delhi yang terletak di kawasan diplomat Chanakyapu­ri.

Kebanyakan bahagian di India menyambut 1 Syawal pada Sabtu 16 Jun.

Selepas menunaikan solat Aidilfitri, mereka dijamu dengan pelbagai jenis juadah Malaysia yang dihidangka­n dalam suasana kampung Melayu.

Bernama difahamkan ahli diplomat, keluarga serta kaki- tangan suruhanjay­a bekerja keras pada bulan Ramadan untuk membuat persiapan jamuan hari raya di dewan serbaguna di bangunan suruhanjay­a itu, dengan sentuhan suasana kampung.

Sebuah ‘rumah kampung’ didirikan siap dengan unggun api dan kuali besar yang digunakan untuk mengacau dodol.

Di atas pentas diletakkan bekas permainan congkak untuk menjadikan suasana menyambut 1 Syawal lebih meriah.

“Banyak kenangan bila dikeliling­i suasana seperti kampung ini dan saya berasa sungguh terharu,” kata Mohammed Hafiz, seorang pelajar universiti yang melancong ke selatan India beberapa minggu lepas dengan sekumpulan rakannya. Mereka kini melakukan lawatan ke bahagian utara India.

Kebanyakan barangan hiasan untuk menghidupk­an suasana perayaan Aidilfitri dibawa dari Malaysia supaya lebih unik.

Semua kerja menghias diselia Datin Rosie Hidayat, isteri Pesuruhjay­a Tinggi Malaysia ke India sementara hidangan pula dikendalik­an kumpulan mewakili pasangan para pegawai suruhanjay­a.

Bilangan rakyat Malaysia di Delhi tidaklah ramai, kebanyakan mereka ahli diplomat serta keluarga mereka.

Beberapa rakyat Malaysia yang bekerja di sektor korporat difahamkan balik ke Malaysia untuk beraya di kampung halaman bersama keluarga dan sanak saudara serta rakan dan taulan.

Pesuruhjay­a Tinggi Brunei ke India, Dato Paduka Sidek Ali serta beberapa ahli diplo- mat yang lain menyertai rakyat Malaysia yang lain untuk solat Hari Raya Aidilfitri.

Penunggang motosikal Malaysia, Mohd Alfishahri­n Zakaria dan isterinya, Diana Latief turut hadir pada majlis hari raya itu dan berkongsi pengalaman mereka mengembara ke beberapa buah negara selepas diijabkabu­lkan.

Para tetamu juga menonton perutusan Hari Raya oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang antara lain menyeru umat Islam menjauhkan diri daripada melakukan perkara yang bertentang­an dengan ajaran Islam.

Kira-kira 100 orang menghadiri jamuan hari raya itu termasuk kanak-kanak yang mengenakan pakaian yang berwarna- warni, masingmasi­ng bersalaman mesra sambil mengucapka­n ‘Sela- mat Hari Raya.’

Hidangan pada majlis itu begitu sedap sekali dan antara yang dihidangka­n termasuk sate, rendang, kari kambing, nasi tomato, lemang, ketupat nasi, ketupat palas dan pencuci mulut.

“Semua kakitangan kami memang mahir dengan apa yang perlu dilakukan dan mempunyai sikap kerja berpasukan yang tinggi. Mereka begitu gigih membuat persiapan untuk majlis Aidilfitri ini disebalik kesibukan sepanjang Ramadan,” kata Pesuruhjay­a Tinggi Malaysia ke India, Datuk Hidayat Abdul Hamid.

Mohd Iqbal Mohd Noor, yang turut menyelia kerjakerja persiapan berkata semua yang terlibat bekerja dengan sepenuh dedikasi sepanjang bulan Ramadan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? ALBUM: Hidayat bersama rakyat Malaysia bergambar bersama sewaktu meraikan Aidilfitri di New Delhi kelmarin.
— Gambar Bernama ALBUM: Hidayat bersama rakyat Malaysia bergambar bersama sewaktu meraikan Aidilfitri di New Delhi kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia