Utusan Borneo (Sarawak)

Majlis Gawai Dayak 2018 di Dewan Sentral Sarikei 23 Jun depan

-

SARIKEI: Persatuan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum Sarikei bersama Pejabat Daerah Sarikei, Serakup Indu Dayak Sarawak (SIDS) Sarikei, Persatuan Dayak Iban Sarawak (SADIA) Sarikei dan Persatuan Kebangsaan Orang Ulu (OUNA) Sarikei akan menganjurk­an Majlis Gawai Dayak 2018.

Program ini dijadual pada 23 Jun ini, jam 6 petang, di Dewan Sentral Sarikei.

Antara aktiviti yang akan dianjurkan sepanjang program tersebut ialah cabutan tiket bertuah, persembaha­n kebudayaan, pentas hiburan dan acara kemuncak ‘Pekit Kumang Gawai 2018’.

Untuk ‘Pekit Kumang’, penyertaan hanya terbuka kepada sepuluh peserta dan juara akan membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000, piala dan selempang.

Naib juara pula akan membawa pulang hadiah wang tunai RM900, tempat ketiga RM800, makala pemenang saguhati akan menerima RM200 setiap seorang.

Tetamu kehormat yang dijangka hadir bagi menyempurn­akan majlis perasmian ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok Dato Sri Huang Tiong Sii.

Bagi yang ingin membuat tempah meja untuk menyertai program ini nanti, pihak penganjur amat mengalu- alukan penyertaan mereka dan setiap meja akan dikenakan bayaran RM350 sahaja.

Bagi yang berminat untuk menyertai program ini, ataupun ingin mengetahui lebih lanjut mengenai info berkaitan program ini, sila hubungi urus setia penganjur Penghulu Bidai Gisang di talian 0194824416, Casmir Igat (019-4394619) atau Fredy (013-8203860).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia