Utusan Borneo (Sarawak)

15 peserta rebut gelaran Dayung Gawea Tetamu 2018 pada 30 Jun

-

KUCHING: Seramai 15 peserta akan bersaing bagi merebut gelaran Dayung Gawea Tetamu 2018 pada pertanding­an akhir 30 Jun ini di Dewan Serbaguna Kampung Tematu dekat sini.

Peserta akhir terdiri daripada Jaequeency­a Delyva Douglas (Kampung Garung, Padawan), Wilsey Barnabas (Kampung Sigubang, Bau), Felisia Frances Jimmy (Kampung Tanjung Poting, Singai, Bau), Mitchelle Shellin Promix (Kampung Tematu, Kuching), Priscillya Stevenson Satu (Kampung Stenggang, Bau), Jemima Fae James (Kampung Stass, Bau), Alaing Max Zelyn Sulaiman (Kampung Sungai Duuh, Siburan) dan Jelianicca Lorettanis­ha Rumih (Kampung Plaman Payang, Padawan).

Turut berjaya ke pertanding­an akhir, Rorlles Sollow (Kampung Bangau, Penrissen), Gloria Willi (Kampung Abad, Siburan), Shezlin Annzi Tan (Kampung Giam, Padawan), Wilna Willy (Kampung Tematu, Kuching), Ervina Fiffy Ted (Kampung Karu, Padawan), Ernesta Michael Lopest (Kampung Seratau, Siburan) serta Audrey James (Kampung Mayang Kawan, Serian).

Pengerusi penganjur John Pata berkata, pemilihan 15 peserta akhir telah diadakan pada 16 Jun lepas di kampung berkenaan.

Selain pemilihan 15 peserta akhir, peserta juga mengikuti aktiviti membuat lemang dan bengkel kecantikan oleh Mary Kay.

Pemenang pertama akan menerima hadiah wang tunai RM1,700 berserta mahkota, sejambak bunga, selempang, trofi, hamper dan sijil penyertaan.

Manakala, pemenang tempat kedua dan ketiga masingmasi­ng akan menerima wang tunai RM1,400 dan RM1,100 berserta mahkota, bunga, selempang, trofi, hamper dan sijil penyertaan.

Peserta yang tidak berjaya akan diberikan hadiah sagu hati berupa wang tunai RM100, hamper dan sijil penyertaan.

Selain gelaran Dayung Gawea Tematu, pertanding­an ini turut menawarkan empat gelaran sampingan iaitu Ratu Bakat, Ratu Populariti, Ratu Personalit­i dan Ratu Fotogenik serta Kostum Terbaik.

Pemenang bagi kategori ini akan menerima wang tunai RM200 berserta trofi dan selempang.

Pertanding­an yang memasuki tahun kelima penganjura­n ini adalah bersempena Karnival Gawai Tematu 2018 pada 29 dan 30 Jun ini.

 ??  ?? PERSIAPAN: Peserta Dayung Gawea Tematu 2018 mempelajar­i langkah-langkah peragaan di atas pentas. FINALIS: Peserta akhir Dayung Gawea Tematu 2018 merakamkan gambar kenangan bersama. Turut kelihatan John (belakang kiri) serta jawatankua­sa penganjur yang...
PERSIAPAN: Peserta Dayung Gawea Tematu 2018 mempelajar­i langkah-langkah peragaan di atas pentas. FINALIS: Peserta akhir Dayung Gawea Tematu 2018 merakamkan gambar kenangan bersama. Turut kelihatan John (belakang kiri) serta jawatankua­sa penganjur yang...
 ??  ?? BEGINI CARANYA: Salah seorang peserta Dayung Gawea Tematu 2018 mempelajar­i caracara menyarung buluh lemang menggunaka­n daun pisang.
BEGINI CARANYA: Salah seorang peserta Dayung Gawea Tematu 2018 mempelajar­i caracara menyarung buluh lemang menggunaka­n daun pisang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia